Skip to main content

Anggota Polis Tumbuk, Tampar Pelajar


Polis telah membuka kertas siasatan berhubung seorang pelajar ditumbuk serta ditampar oleh seorang anggota polis di kawasan berhampiran Hospital Sungai Siput (U) di sini pada Selasa lalu (11 Jun).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak SAC Yahya Abd Rahman berkata dalam kejadian awal pagi lelaki berumur 23 tahun itu dikejar kereta peronda polis selepas dia tidak memberhentikan keretanya sewaktu lampu isyarat merah berhampiran sebuah stesen minyak di Chemor di sini.

Beliau berkata polis berjaya menahan pengadu di kawasan berhampiran hospital itu.

"Pengadu kemudiannya membuka pintu kereta dan salah seorang polis dikatakan telah tumbuk dan menamparnya.

"Pengadu juga telah dibawa ke Balai Polis Chemor dan disaman bagi kesalahan lalu lintas yang tidak berhenti di lampu isyarat sewaktu berwarna merah," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata pihak polis telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 24 Akta Polis.

Katanya, seksyen itu memperuntukan kepada pihak polis untuk memberhentikan dan memeriksa kenderaan yang disyaki melakukan kesalahan terhadap undang-undang lain yang berkuatkuasa.

"Kesalahan ini merupakan satu kesalahan yang boleh ditangkap tanpa waran, boleh didenda tidak lebih RM500 atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya," katanya.

Menurut Yahya, pengadu kemudian membuat laporan polis dengan mengatakan dia ditumbuk serta ditampar oleh pihak polis kira-kira pukul 3.15 petang pada hari yang sama.

"Kes itu disiasat mengikut seksyen 323 Kanun Keseksaan. Pengadu juga telah diarahkan untuk menjalani rawatan di hospital yang berdekatan," katanya sambil menambah kedua-dua kes itu disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Siput. - BERNAMA

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...