Jho Low Mahu Jumpa SPRM Di Dubai?


HARTAWAN kontroversi, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low sedia membantu siasatan berhubung 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan bertemu pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Dubai.

Pengerusi Jawatankuasa Siasatan 1MDB Tan Sri Abu Talib Othman berkata beliau tidak tahu menahu berkaitan laporan yang mendakwa Jho Low menawarkan diri bertemu pasukannya di Dubai.

“Saya tidak tahu, (Low dan peguamnya) tidak hubungi saya,” katanya kepada Malaysiakini.

Ditanya bentuk kerjasama yang jawatankuasa itu mahukan dari Low jika pertemuan itu diadakan, Abu Talib menjawab: Saya tidak dapat komen berkaitan perkara itu”.

Memetik sumber kerajaan, The Malaysian Insight melaporkan peguam Low dijangka bertemu pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi laluan kepada pertemuan dengan penyiasat kes 1MDB.

Pertemuan yang melibatkan dengan peguam-peguam sebelum itu dilaporkan bagi membincangkan peranan Low dalam siasatan terhadap dakwaan penyaluran keluar wang berbilion ringgit dari 1MDB.

Portal itu melaporka peguam Low mengesahkan perbincangan telah bermula dengan pihak berkuasa Malaysia tetapi tidak mendedahkan butiran lanjut.

Low, 37, dikehendaki SPRM bagi melengkapkan saisatan terhadap SRC nternational Sdn Bhd, bekas anak syarikat MDB.

Sebelum ini Jho Low sedia membantu siasatan berhubung 1Malaysia Development Bhd (1MDB) selepas dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam laporan disiarkan Bloomberg, Jho Low memberitahu sudah mengarahkan peguamnya untuk menghubungi SPRM selepas dimaklumkan bahawa agensi berkenaan mencarinya untuk membantu siasatan kee berkenan.

“Perkara itu dimaklumkan oleh wakil Jho Low dalam satu kenyataan e-mel,” katanya.

Pada 18 Mei lalu, Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin meminta Jho Low pulang ke Malaysia bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Daim yang juga bekas Menteri Kewangan menegaskan Jho Low ada individu terpenting dan utama bagi membantu siasatan 1MDB

Sementara itu, SPRM kenyataannya hari ini, meminta dua individu tampil bagi membantu siasatan kes berkaitan SRC International Sdn Bhd (SRC).

Dua individu berkenaan adalah Pengarah SRC, Nik Faisal Ariff Kamil Nik Othman Arif Kamil, 47, dan Jho Low.