Video Detik-Detik Cemas Lelaki Terjatuh Dalam Eskalator.


Satu video yang berdurasi selama 1 minit 1 saat menunjukkan detik-detik cemas yang dialami oleh seorang lelaki apabila dia ditelan oleh eskalator selepas eskalator terbabit runtuh ketika ramai orang sedang menggunakannya.

Video terbabit yang dirakam melalui CCTV itu pada mulanya sedang menunjukkan orang ramai menggunakan eskalator terbabit untuk turun ke bawah.

Eskalator yang terletak di stesen Metro Ayazaga di Istanbul, Turki itu dikatakan rosak namun orang ramai masih menggunakannya lagi.

Namun, secara tiba-tiba escalator itu mula bergerak sehingga menyebabkan orang ramai jatuh secara serentak ke tangga tangga logam terbabit dan turut kelihatan beberapa orang mangsa cuba untuk menggenggam tangan memegang bahagian tepi eskalator itu.

Seorang lelaki iaitu mangsa ketika kejadian terbabit yang dikenali sebagai Mehmet Ali Erik, pada ketika itu menyatakan bahawa dia baru sahaja mula melangkah tetapi eskalator terbabit kelihatan terbuka luas sehingga menelannya.

Beberapa orang saksi yang berada di tempat kejadian bergegas ke bahagian tepi eskalator terbabit bagi membantu menyelamatkan Erik.

Oleh kerana terperangkap, mangsa dilaporkan terpaksa menahan nafas selama hampir satu jam sementara menunggu bantuan kecemasan tiba.

Pihak bomba yang dimaklumkan mengenai kejadian terbabit segera menyelamatkan mangsa dan mangsa kemudiannya di bawa ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan.

Dalam pada itu, Perbandaran Metropolitan Istanbul dilaporkan telah meletakkan tanda amaran berhampiran eskalator terbabit sebelum kemalangan ngeri itu berlaku namun ianya gagal untuk menghalang orang ramai menggunakannya.

Terdahulu, pada tahun 2015 seorang ibu terbunuh apabila dia terjatuh ke dalam eskalator di sebuah pusat membeli-belah di China.

Mangsa iaitu Xiang Liujuan, 30, dikatakan bergerak ke atas eskalator di kedai jabatan Anliang di Jingzhou, di wilayah tengah Hubei, bersama dengan anaknya yang berumur dua tahun.

Namun, apabila pasangan itu hampir menghampiri bahagian atas, secara tiba-tiba eskalator terbabit terbuka dan menelan mangsa sehingga mangsa jatuh ke lantai.

Beberapa saat sebelum kematiannya itu, ibu terbabit dikatakan mampu menyusu anak kecilnya. Sumber: Daily Mail, Editor: Maya