"Yang Penting Saya Menutup Aurat" - Wany Hasrita


Wany Hasrita yang popular menerusi lagu Rintihan Rindu berkata tidak berkecil hati dengan pihak yang menyamakan gaya tudung yang dipakainya dengan pelajar universiti.

"Sejujurnya, saya tidak menggunakan khidmat stylist untuk menggayakan tudung seperti yang dilakukan oleh selebriti lain. Saya sedar ada yang berkata gaya tudung saya seperti 'budak U', gaya tudung saya hanya biasa-biasa tetapi sejujurnya, saya selesa dengan imej ringkas sebegini.

"Saya tak terasa hati apabila ada yang mulut yang mengata. Semuanya baik-baik sahaja selagi apa yang saya gayakan mengikut syariat dan menutup aurat," kata Wany.

Dalam perkembangan lain Wany juga berkata bersedia untuk keluar dari zon selesa dalam penggayaan fesyen mengikut tema dan acara yang bersesuaian.

"Saya akan kekal menjadi Wany yang ringkas tetapi saya mahu keluar dari zon selesa dalam berfesyen jika terdapat sebarang acara yang mempunyai tema tersendiri, seperti contoh Anugerah Juara Lagu 32.

"Apa salahnya saya bergaya dalam sesetengah majlis yang memerlukan saya bergaya, asalkan busana yang akan saya sarungkan tidak melampaui batas dan menutup aurat.

"Selesai sahaja acara tersebut, saya selesa menyarungkan pakaian ringkas seperti t-shirt dan jeans seperti biasa," katanya lagi. Editor:Farhana