"Aku Tak Peduli Dengan Mulut Orang".- Elyana


Penyanyi dan pelakon terkenal Erneelya Elyana Emrizal atau lebih mesra di panggil Elyana atau Nana ini dilahirkan pada 5 Julai 1987. Beliau mula menceburi bidang hiburan  ketika umurnya 14 tahun.

Penyanyi yang amat popular dengan lagu "Molek" ini amat meminati penyanyi antarabangsa Avril Lavigne sebagai idolnya. Elyanan bukan sahaja aktif menyanyi malah beliau juga amat meminati dunia lakonan.Namun baginya bidang nyanyian adalah keutamaan nya.

Elyana sudah pun mendirikan rumah tangga nya bersama pilihan hati iaitu Khairul Anuar Husin dan dikurniakan seorang cahayamata yang diberi nama Cinta Sumayyah.

Kita semua sudah pun sedia maklum bahawa Elyana penghidap kanser limfoma tahap 4 namu beliau masih lagi kuat meneruskan kehidupannya bersama keluarga tercinta. Ternyata kenyataan yang di suarakan nya itu membuatkan seluruh rakyat Malaysia terkejut.

Jarang sekali kita mendengar gossip tentang beliau didalam industri ini bukan? Namu beliau juga merupakan manusia biasa dan sentiasa mendapat perhatian daripada para peminat.Apa sahaja yang dilakukkan nya sememangnya akan menjadi tumpuan semua orang.

Baru-baru ini laman Instagram Elyana dihujani dengan pelbagai cemuhan daripada pengguna laman tersebut akibat daripada gambar dan video yang dimuatnaik didalam laman instagram miliknya. Elyanan dikatakan telah menghadiri satu konsert penyanyi Indonesia iaitu Shiela On 7 di Kuala Lumpur.

Ada diantaranya memberikan komen pedas yang berbunyi "Elyana tidak seperti orang sakit pun.

Bagi diri nya dia lebih mengenali diri sendiri berbanding dengan orang lain. Selain itu, Elyana juga tidak perduli dengan apa yang dikatakan oleh para netizen diluar sana kerana bukan mereka yang memberikan rezeki di dalam muka bumi ini.Editor: Ila

Sumber : Instagram Elyanaofficial