Skip to main content

Fakta Menarik Dan Istimewa Mengenai Islam


Islam merupakan agama yang sering sahaja mendapat perhatian dan menjadi agama yang selalu dipilih untuk dianuti oleh masyarakat di seluruh dunia.

Di dalam agama Islam, terdapat banyak fakta yang menarik yang membuktikan bahawa Islam itu adalah agama yang hebat dan mungkin ada dalam kalangan kita sebagai penganutnya tidak mengetahui fakta-fakta yang tersembunyi di dalam agama ini.

Mari kita lihat perkongsian di bawah mengenai fakta yang menarik yang wujud dalam agama Islam.

Fakta pertama yang menarik adalah nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia sehingga ianya dapat menewaskan nama Jack dan Harry yang sentiasa menjadi perhatian di negara-negara Britain.


Ini kerana nama tersebut adalah nama bagi Rasul kita dan kebanyakan masyarakat dunia akan menggunakan nama itu dipermulaan nama.

Yang kedua adalah negara Albania merupakan negara satu-satunya negara Islam yang berada di benua Eropah di mana hampir 90% penduduknya adalah beragama Islam.

Albania yang merupakan sebuah negara kecil itu mula mendapat pengaruh agama Islam apabila kerajaan Ottoman bertanggungjawab membawa masuk pengaruh Islam ke benua itu dan sehingga kini ianya masih kekal dianuti oleh penduduk di sana.


Seterusnya, terdapat beberapa kata-kata ini diambil dari bahasa Arab seperti Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga turut dikatakan berasal daripada bahasa Arab, Al-Kuhl.

Terdapat beberapa ayat di dalam Al-Qur’an turut menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita secara perkiraan matematik di mana kata 'lelaki' dan 'wanita' di dalam Al-Qur’an yang berjumlah 24.

Sudah pasti rami pernah mengunjungi Tanah Suci namun tahukah anda bahawa tiada apa-apa di dalam Kaabah.


Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber. Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun.

Namun, penganut Hindu pula telah percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama ‘Shiva Lingam’.

Fakta yang kelapan pula adalah jikalau Al-Quran dihancurkan kesemuanya, maka bahasa arab dari Al-Quran akan segera diterbitkan semula oleh jutaan muslim, yang dikenali sebagai Hafiz yang telah menghafal ayat-ayat dalam Al-Quran dari awal sampai dengan akhir ayat.

Al Quran juga adalah satu-satunya kitab suci yang dihafal oleh jutaan manusia sehingga keaslian atau kesuciannya sentiasa terjaga.

Berdasarkan data yang berjaya dikumpulkan dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat sebanyak 1.4 juta askar Amerika yang ada dan sebahagiannya iaitu lebih kurang 3,700 daripadanya adalah beragama Islam.

Manakala, seramai 8 juta orang Muslim yang kini berada di Amerika Syarikat dan seramai 20,000 orang Amerika Syarikat telah masuk Islam setiap tahun selepas berlakunya peristiwa 9 November. 


Sudah pasti ramai yang tidak mengetahui bahawa jasad Nabi Muhammad pernah hampir dicuri sebanyak 2 kali, namun kedua-duanya gagal.

Dalam pada masa yang sama, jasad milik Firaun (Ramses II) yang telah tenggelam di laut merah, telah berjaya ditemui oleh seorang ahli arkeologi Giovanni Battista Belzoni tahun 1817 setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir. 


Fakta yang berikutnya adalah mengenai solat yang pertama pernah dilakukan oleh Rasulallah SAW di mana beliau telah menghadap Masjidil Haram untuk mengerjakan solat Asar bersama para sahabat,sebelum kiblat berubah ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.

Umum mengetahui bahawa Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.

Ketika hendak wafat, Nabi Muhammad SAW ada meninggalkan kata-kata terakhir iaitu ‘Ummatii … ummatii … ummatii’ yang mana ia menunjukkan betapa besar cintanya kepada umatnya.

Pada zaman kebangkitan Islam, terdapat banyak peperangan yang telah berlaku malah Rasulullah SAW juga telah mengetuai 23 kali peperangan, namun dia hanya kalah sekali sahaja di dalam Perang Uhud.

Apabila kita membaca Al-Quran, mungkin kita akan perasan bahawa nama Nabi Musa A.S adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.

Fakta yang menarik dalam Islam yang berikutnya adalah semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim, Abdullah dan Ibrahim, telah meninggal ketika mereka masih lagi kecil.

Ramai ulama menyatakan bahawa Allah SWT sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.

Dalam sejarah Islam, terdapat banyak tokoh-tokoh yang telah berjaya mengangkat nama Islam suatu ketika dahulu sehingga berjaya menarik minat golongan barat untuk mempelajari ilmu-ilmu terbabit.

Antara tokohnya adalah Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden. 


Fakta yang terakhir dalam Islam ialah Makam Ibrahim itu bukanlah kubur yang menempatkan jasad Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang.

Namun, Makam Ibrahim itu adalah batu bekas tapak kaki baginda semasa Nabi Ibrahim membangun Kaabah.


Semoga kita semua dapat mengambil manfaat dan dapat mengetahui mengenai perkara-perkara yang menarik di dalam Islam. Editor: Ira

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...