Sejarah Pulau Pinang: Perjanjian Kesultanan Kedah Dan Pihak British



Sejarah Awal Pulau Pinang

Sejarah Pulau Pinang berkait rapat dengan sejarah Kedah. Pulau Pinang dahulu berada di bawah pemerintahan kesultanan Kedah. Pada kurun ke-18 British datang ke Kedah. Kedua-dua pihak berbincang, British ingin menjadikan Pulau Pinang sebagai pelabuhan dan Kedah bersetuju untuk menyerahkan Pulau Pinang kepada British sekiranya mereka memberikan perlindungan kepada Kedah dari ancaman Siam. Namun British mengingkari perjanjian itu dan akhirnya Kedah dijajah Siam. 

Kesan daripada itu British meluaskan taklukannya di negeri Kedah dan menjajah daerah Perai. Sehingga ke hari ini Pulau Pinang terdiri daripada dua kawasan iaitu di Pulau dan di Darat.

Pulau Pinang Era Penjajahan Barat

Secara penuhnya, Pulau Pinang diserahkan kepada penjajah Inggeris iaitu British East India Company pada 1786 oleh Paduka Seri Perdana Menteri, Sultan Muhammad Jiwa, kerana leka dan bersahabat dengan Penjajah Francis Light untuk mendapat perlindungan pihak British pada diri sendiri. Pada 11 Ogos 1786, Francis Light, yang kononnya sebagai pengasas Pulau Pinang, menamakan Pulau Pinang seperti Prince of Wales Island sebagai penghormatan Putera Muda Britain. Penempatan di Tanjung Penaga, Batu Uban yang terletak di hujung timur laut diletak nama "haram" iaitu "Georgetown", dari nama Raja George III ,Britain.

Tugau Lanun Penjajah Francis Light : Mendapatkan Pulau Pinang dengan berjanji palsu untuk bantuan tentera kepada Paduka Seri Perdana Menteri Kedah.

Kedudukan pulau di permulaan Selat Melaka serta kawasan Laut Kedah telah menaik minat Syarikat Hindia Timur British untuk menubuh sebuah pelabuhan "haram" untuk kapal dagang perdagangan serta sebagai sebuah pangkalan tentera laut yang menentang cita-cita orang Perancis di wilayah ini.

Tanpa pengetahuan D.Y.M.M. Yang Di Pertuan Nagara Kedah Pasai Ma, Francis Light telah membuat perjanjian pemberian perlindungan askar tanpa kebenaran Syarikat Hindia-Timur British.[1] membantu Kedah sewaktu ia diserang, Paduka Seri Perdana Menteri cuba mengambil kembali pulau pada 1790. 

Malangnya, pencubaan itu gagal dan Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwa terpaksa menyerah hak kepada Syarikat dengan hanya bayaran kehormat sebanyak 6,000 guilders Sepanyol setahun. Bayaran ini dinaikkan kepada 10,000 guilders kemudian, dengan penyerahan Seberang Perai (Province Wellesley) pada 1800. Sehingga hari ini, pembayaran diteruskan oleh kerajaan pusat Malaysia yang membuat pembayaran kepada Kerajaan Kedah.

Pada 1826, Pulau Pinang, bersama-sama dengan Melaka dan Singapura akan menjadi sebahagian Kawasan Penempatan Selat (Straits Settlements) di bawah pentadbiran British di India. Negeri ini menjadi tanah jajahan pemerintahan British pada tahun 1867. 

Pada 1946, Pulau Pinang menjadi perancangan sebahagian muslihat licik Malayan Union, sebelum menjadi sebuah wilayah di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948.

hiiiii== Pulau Pinang (Peralihan Tanah Melayu) == Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan Pulau Pinang menjadi salah satu daripada 13 negeri di dalam Persekutuan Malaysia sewaktu penubuhannya pada tahun 1963.

Pulau Pinang Moden

Pulau Pinang ialah sebuah pelabuhan bebas sehingga 1969. Walaupun kehilangan taraf pelabuhan bebas, Zon Perdagangan Bebasnya yang terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di selatan pulau menjadi salah satu daripada pusat-pusat perkilangan elektronik yang terbesar di wilayah Asia dari 1970-an sehingga akhir 1990-an.

Pada tahun 2004, ketidakpuasan terhadap kemerosotan ekonomi Pulau Pinang telah mengakibatkan kempen media untuk mengembalikannya kepada zaman kegemilangannya.

Nota penting : Pembukaaan negeri ini bukan dilakukan oleh Francis Light, Sebaliknya melibatkan Raja Nan Intan yang juga dikenali sebagai Datuk Nakhoda Intan. Datuk Nakhoda Intan yang berasal dari Paya Kumbuh, Sumatera Barat telah membuka Pelabuhan Batu Uban dan membina penempatan di kawasan berkenaan pada 1734 setelah mendapat perkenan Sultan Kedah, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Muazzam Shah II. 

Malah pada tahun yang sama, dua saudara Datuk Nakhoda Intan iaitu Nakhoda Bayan dan Nakhoda kecil juga telah datang ke negeri ini dan masing - masing membuka penempatan di Bayan Lepas serta Jelutong. 

Francis Light hanya tiba di negeri ini selepas 52 tahun kedatangan Datuk Nakhoda Intan bersama saudaranya di Pulau Pinang. Seorang lagi tokoh dri alam Melayu yang tiba sebelum Francis Light ke negeri ini ialah Datuk Janatun. 

Sehingga kini Masjid Batu Uban yang dibangunkan oleh Datuk Nakhoda Intan bersama pengikutnya masih utuh di samping sebuah telaga yang digali mereka juga airnya tidak pernah kering biarpun telah berusia hampir 300 tahun. 

Selain itu, Georgetown yang dibuka oleh Francis Light dan menjadi ibu negeri Pulau Pinang hari ini mempunyai nama asal yang diberikan penduduk tempatan sebelum kedatangan pegawai British berkenaan. 

Tanjung Penaga adalah nama asal Georgetown sebelum ditukakan British dan sebab itu masih ada orang negeri ini menyebut "Tanjung" bagi merujuk kawasan Georgetown yang secara tidak langsung menyokong pembukaan Pulau Pinang telah dibuat lebih awal sebelum kedatangan Francis Light. Sumbar : Wikipedia