Banjir selama 10 jam ketika ambang tahun baharu itu memaksa orang ramai meredah banjir untuk menyelamatkan diri dan barangan berharga.
Portal berita Planet Merdeka melaporkan dek kerana tidak mempunyai kenderaan bermotor penduduk menggunakan kuda bagi membawa mangsa keluar dari kawasan banjir.
Bagaimanapun akhirnya semalam kuda berkenaan mati setelah keletihan, manakala pengendali kereta kuda terbabit turut pengsan dan dikejarkan ke hospital oleh orang ramai. - Suara Merdeka