Ustaz Abdul Somad Dan Isteri Bercerai



PEKAN BARU: Penceramah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad atau lebih dikenali sebagai UAS dilaporkan menceraikan isterinya selepas mendapat kelulusan mahkamah syariah, di sini.

Tribunnews melaporkan hakim mahkamah syariah di Bangkinang meluluskan permohonan cerai Ustaz Abdul Somad, 42 dengan isterinya, Mellya Juniarti, 29, semalam.

Keputusan dibuat tanpa kehadiran Ustaz Abdul Somad dan bekas isterinya dilaporkan datang lewat.

Jurucakap mahkamah, Muliyas berkata, Ustaz Abdul Somad sudah mendaftar untuk menceraikan isterinya sejak 12 Julai 2019.

Pasangan itu yang dilaporkan berkahwin pada 2012 hanya diwakili peguam masing-masing. - Berita Harian Online