Skip to main content

Apa Masalahnya Letak Nama Anak Muhammad Bossku?


BARU-BARU ini kecoh apabila sijil kelahiran seorang bayi lelaki yang diberi nama 'Muhammad Bossku' tular di media sosial.

Gambar sijil pendaftaran itu dimuat naik Dean Ahmad di Facebook miliknya Jumaat lalu, dengan keterangan gambar; "Wife (isteri) aku marah letak nama ni... apa masalahnya?"

Hantaran itu menerima kecaman netizen yang menganggap tindakan tersebut sebagai mempersendakan nama seorang anak dan ada juga yang meneka gambar tersebut disunting semata-mata.

Sementara itu, Dean yang juga selebriti media sosial ketika menjelaskan perkara itu berkata, dia memuat naik gambar berkenaan di laman sosial selepas memperoleh sijil kelahiran anak keduanya yang lahir 12 Januari lalu.

Sebelum ini, dia telah mencadangkan nama Muhammad Bossku kepada isterinya untuk bayi lelaki mereka, namun ia dibantah.

"Selalunya memang saya yang berikan nama anak, sama seperti anak pertama dulu.

"Masa itu di sana dan sini orang sebut 'Bossku' sebab tengah jadi trend. Jadi saya cadangkan nama Muhammad Bossku pada isteri.

"Isteri marah dan kata jangan mengada-ngada letak nama itu sebab dia malu ramai orang mula permainkan panggilan tu.

"Saya cakap pada dia; 'Nak malu apa isteriku? Kan nama tu sedap dipanggil'," katanya kepada Sinar Harian.

Dean mengakui dia sendiri tidak sukakan nama itu pada awalnya dan hanya sekadar mengusik isterinya.

Selepas seminggu anak keduanya dilahirkan, Dean akhirnya memilih nama Umar Al-Faqeh ketika membuat pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kelmarin.

"Saya memang suka berjenaka dan bergurau. Isteri pun tahu perangai saya.

“Lepas dapat sijil kelahiran anak di JPN, saya cepat-cepat edit bahagian nama dan hantar gambar kat isteri menerusi WhatsApp. Dia bising suruh cepat balik.

"Sampai kat rumah, isteri hanya tahu ia betul-betul sekadar ‘prank’ (guruan) bila keluarkan sijil tu daripada sampul. Dia rasa lega sangat bila tengok nama anak kami bukan Muhammad Bossku,” katanya.

Menurutnya, dia tidak berniat langsung untuk mempersendakan anaknya gara-gara mahu menamakan Muhammad Bossku, sebaliknya Dean menganggap kelahiran bayinya itu sebagai hadiah hari lahirnya bersama isteri.

"Kebetulan 12 Januari itu adalah hari lahir saya dan isteri saya juga lahir pada bulan sama, iaitu 10 Januari. Jadi kami anggap bayi ini sebagai hadiah hari jadi kami," katanya.

Perkataan 'Bossku' menjadi trend di laman sosial selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan ayat 'Malu apa Bossku' sehingga menjadi ikutan ramai. - Astro AWANI
 

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...