Skip to main content

Yang Terbakar Itu Ferrari Aliff Syukri.


Sebuah kereta mewah yang meletup di kilometer 39.5 Lebuh Raya Kesas pada semalam adalah milik pengusaha produk kesihatan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Menurut laporan, kereta mewah tersebut telah dipandu oleh Aliff Syukri sendiri ketika dalam perjalanan menuju plaza tol Sunway dari arah Persiaran Kewajipan.

Malah menurut Aliff sendiri, beliau telah kerugian bernilai jutaan ringgit disebabkan kejadian tersebut yang mengakibatkan kereta beliau terbakar hangus seratus peratus.

Kejadian tersebut telah dinyatakan sendiri oleh Aliff kepada umum mengenai kejadian yang baru menimpanya.


“Aku insan yang lemah. Kuatkanlah semangatku ya Allah.

"Apa patut saya buat... kereta kesayanganku, aku beli RM1.8 juta, tak ada salah, tak ada apa tetiba meletup,” katanya melalui kenyataan umumnya itu.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku sekitar jam 4 petang semalam ketika Aliff memandu Ferrari kesayangannya itu secara bersendirian tanpa ditemani sesiapa.

Laporan awal menunjukkan bahawa kereta Ferrari tersebut mengalami kesan terbakar 100 peratus tetapi tiada sebarang kemalangan jiwa yang dilaporkan.

Menurut sumber daripada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Selangor memberitahu bahawa kereta tersebut dipandu oleh seorang selebriti yang bergelar Datuk.

"Saksi-saksi yang melihat kejadian memberitahu Aliff memandu secara bersendirian dan beliau telah dibawa pergi oleh pekerja lebuh raya menaiki kenderaan mereka ke pejabat Plus", katanya.

Seramai enam anggota bomba telah dikejarkan ke tempat kejadian selepas laporan diterima dan pihak bomba masih lagi sedang menunggu laporan daripada pihak polis pemilik sebenar kereta tersebut.

Pemilik sebenar kereta tersebut hanya akan dikenal pasti apabila salinan laporan polis dan geran kereta tersebut dihantar ke pihak forensik. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...