Neymar Balas Dendam Terhadap Pengeritiknya.


Bintang bola sepak Brazil Neymar memuat naik video di Instagram mengajar kanak-kanak bagaimana menjatuhkan badan membalas orang yang mengkritiknya semalam

Menurut laporan Berita Harian Online, penyerang Paris Saint Germain (PSG) itu dikritik sebelum ini pada Piala Dunia kerana reaksi melampaunya bergolek di padang.

Bagaimanapun, dia membalas dendam di Instagram miliknya dengan melatih sedozen kanak-kanak jatuh ke tanah di sebuah lot parkir dan bergolek.

"Itu sepakan percuma!" jerit Neymar sambil ketawa dalam video berkanaan.

Video yang di buat naik berkenaan dengan hashtag #ChallengeDAFALTA, bermaksut cabaran sepakan percuma dalam bahasa Portugal.

Pada Piala Dunia lepas yang di adakan di Russia, gelagat Neymar mencetus kritikan hebat apabila beliau berlakon sakit.

Sebelum ini Bintang Brazil itu, dikecam teruk gara-gara tindakan ‘lakonan’ melampaunya pada kempen Piala Dunia.
 

Lebih buruk lagi, satu kajian yang dilakukan stesen televisyen di Switzerland, RTS Sport mendapati, pemain Brazil itu terbaring selama 14 minit di atas padang sepanjang aksi pemainnya di Russia sekali gus mencetuskan rasa bengang pemain lawan.

Pada perlawanan menentang Mexico pada 2 Julai lalu, dia terbaring keseluruhan selama lima minit dan 29 saat dengan tempoh paling lama perlawanan dihentikan apabila pemain Mexico, Miguel Layun dikatakan memijak buku lali kanan Neymar.

Keseluruhan masa ‘kecederaan’ yang dialami Neymar itu adalah 13 minit 50 saat sejak kejohanan bermula.

Jurulatih Mexico, Juan Carlos Osorio menggelar Neymar sebagai ‘badut’ selepas Layun memijak kaki pemain itu dengan menyatakan “kami mengawal permainan tapi bagi saya ia memalukan apabila banyak masa terbuang angkara seorang pemain.”