Skip to main content

Zahid Enggan Ulas Cadangan Ku Li Untuk Berdebat Tapi Khairy Sedia Berdebat.


“Yup, sure (sudah tentu). Why not(Kenapa tidak)?” Ini jawapan ringkas calon Presiden UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika ditanya sama ada beliau mahu menyahut cabaran Tengku Razaleigh Hamzah untuk berdebat dan mengisytihar harta.

Beliau berkata perdebatan boleh dilihat dapat merancakkan lagi keampuhan demokrasi yang bukan sahaja dalam parti tetapi politik Malaysia.

“Ini adalah pemilihan dalam keluarga. Ramai kata tak perlu ada debat dalam keluarga. Saya menyifatkan kenapa tidak?

“Rakyat juga mahu lihat. Ini (berdebat) bukan sahaja boleh memperkuatkan budaya demokrasi dalam UMNO tapi dalam politik Malaysia,” tambah Khairy.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media hari ini di Menara Dato’ Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra di ibu negara, di sini hari ini.

Khairy juga berkata berdebat membuktikan kepada rakyat bahawa calon diuji dan diukur mengikut pemikiran, idea dan kesungguhan untuk menawarkan satu visi yang jelas kepada perwakilan dan rakyat.

"Saya tidak ada masalah dari segi format perdebatan tapi biarlah ia mengenai masa depan parti supaya dapat memperkuatkan UMNO dan diterima rakyat.

"UMNO tidak boleh dipisahkan daripada rakyat. Kita kena dengar kehendak rakyat kerana ini bukan sahaja mengenai pemilihan presiden, ini adalah mengenai siapa yang akan memimpin Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Sementara itu, Khairy juga berkata beliau tidak mempunyai masalah untuk melakukan pengisytiharan harta dan akan melakukan beberapa persiapan yang berkaitan.

Sememtara itu Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas lanjut mengenai saranan dikemukakan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang mencadangkan semua calon bertanding jawatan Presiden UMNO berdebat dan mengisytiharkan harta.

Ahmad Zahid berkata, saranan itu adalah pandangan peribadi veteran UMNO yang lebih dikenali dengan panggilan Ku Li itu.

"Tidak mengapalah... itu pandangan (cadangan) daripada beliau sahaja (untuk berdebat)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Khas dan Jamuan Hari Raya anjuran UMNO Pahang di Dewan Tun Razak, dekat sini, hari ini.

Semalam Ahli Parlimen Gua Musang yang juga calon Presiden UMNO Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau bersedia berdebat dengan dua lagi calon presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut