Skip to main content

Najib Tak Bayar Saya, Saya Akan Jumpa Dr Mahathir Esok - Bapa Altantuya.


Bapa kepada warga Mongolia yang mati dibunuh dengan kejam, Altantuya Shaariibuu menafikan menerima sebarang dana daripada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Saya dengar macam-macam, ada yang dakwa Najib membayar saya tetapi ini tidak benar," kata Setev Shaariibuu pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Secara berseloroh, beliau berkata, bahawa kerajaan persekutuan baru telah merampas harta dan wang Najib yang sepatutnya diberikan kepada keluarganya.

Setev dan cucunya memfailkan saman ke atas kerajaan untuk pampasan berhubung kematian Altantuya.

Setev Shaariibuu akan berjumpa dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya esok.

Peguam Setev, Ramkarpal Singh berkata perjumpaan itu akan berlangsung pada jam 5 petang di pejabat perdana menteri.

Ditanya apa yang mahu disampaikan kepada Mahathir, Setev berkata dia tidak dapat memikirkan apa-apa lagi setakat ini.

"Saya tidak pernah terfikirkan peluang ini akan menjadi kenyataan bahawa perdana menteri akan berjumpa dengan saya.

“Saya tidak boleh memikirkannya," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Namun, dalam satu kenyataan bertulis, Setev menyatakan harapan agar kerajaan Dr Mahathir akan melakukan apa sahaja untuk memberikan keadilan dan mengakhiri penderitaan keluarga Shaariibuu.

Sementara itu, Ramkarpal berkata dalam pertemuan dengan Peguam Negara, Tommy Thomas hari ini, isu penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes pembunuhan itu akan dibangkitkan.

Beliau berkata ini menjadi alternatif kepada pembukaan semula siasatan polis, dan untuk mengetahui siapa yang mengarahkan pembunuhan berkenaan.

Altantuya, 28, ditembak mati dan tubuhnya diletupkan dengan bahan letupan kelas tentera di pinggir Kuala Lumpur pada Oktober 2006.

Bekas komando polis Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar disabitkan atas pembunuhannya pada 2009 dan dijatuhkan hukuman penjara.

Mereka kemudian dibebaskan apabila Mahkamah Rayuan membatalkan sabitan kesalahan pada tahun 2013 yang memerintah hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam keputusannya itu.

Namun, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati mereka pada tahun 2015. Sirul berjaya melarikan diri ke Australia sebelum keputusan itu dibuat manakala Azhar sedang menunggu hukuman mati ke atasnya dilaksanakan. - Malaysiakini 

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...