Video - Beg Tangan Wanita Diragut Oleh Penunggang Motosikal


Pada zaman  kini seringkali kita dengar kes curi , rompak atau ragut. Malahan ada kejadian yang membuatkan nyawa mangsa terancam. Berikut adalah satu kejadian ragut yang terjadi kepada seorang wanita.

Video yang berdurasi selama 48 saat memaparkan seorang wanita sedang memegang beg tangannya mahu memasuki kedalam kereta.

Belum sempat wanita itu masuk kedalam kereta, secara tiba-tiba datang sebuah motosikal tanpa disedari wanita itu telah menarik beg tangan milik wanita itu sehingga tubuhnya terseret di jalan raya.

Kejadian ini berlaku di Blok 27B @ Jalan  Hijau 3/9 Bandar Tasik Puteri, Rawang pada petang semalam, 8 March 2018.

Para wanita di luar sana diminta berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa ragut seperti ini lagi. Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling serta semua motosikal yang melalui jalan berhampiran anda.
Editor:Anna