NEW DELHI: Seorang lelaki hampir kehilangan nayawa selepas kepalanya telah tertusuk dengan sebatang besi selepas kereta yang dinaikinya bertembung dengan sebuah lori dalam satu kemalangan yang berlaku di selatan India.
Mangsa yang dikenali sebagai Ullas Kumar, 29, itu dikatakan sedang memandu untuk ke lapangan terbang bagi mengambil abang kandungnya namun tidak menjangka kemalangan ngeri tersebut berlaku ke atas dirinya.
Kejadian itu bagaimanapun telah mengorbankan pemandu lori berkenaan manakala Kumar telah mengalami kecederaan parah selepas kepalanya itu ditembusi dengan besi penyandar tempat duduknya.
Kumar yang dikejarkan ke hospital dengan kadar segera dan pihak hospital berjaya melakukan pembedahan untuk mengeluarkan besi terbabit kira-kira selama 4 jam.
Bagaimanapun, kemalangan terbabit tidak menyebabkan penglihatan Kumar mendapat masalah dan dia kini dilaporkan semakin pulih.
“Saya langsung tidak menyangka mampu sembuh secepat ini. Benar-benar terasa seperti dilahirkan semula,” katanya.
Manakala mayat pemandu lori terbabit telah dihantar ke hospital sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk tindakan lanjut. Sumber: Harian Metro, Editor: S