Penyanyi Nombor Satu Negara Selamat Lahirkan Bayi Perempuan


KUALA Lumpur: Penyanyi nombor satu negara, iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan kira-kira jam 8.17 pagi tadi di sebuah pusat perubatan swasta di ibu kota.

Siti telah melahirkan bayi itu melalui pembedahan dan ternyata bayinya adalah seberat 3.55 kilogram di mana kenyataan mengenai kelahirannya itu telah dimuat naik di laman Instagram miliknya dan disahkan oleh pengurusnya sendiri iaitu Rozi Abdul Razak.

Buat masa ini, Siti dan bayinya itu dilaporkan berada dalam keadaan sihat manakala buat masa sekarang hanya kaum keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan untuk datang melawat.

Dalam pada itu, suaminya Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa merasa bersyukur kerana semuanya telah berjalan dengan jayanya dan gembira kerana kedua-dua mereka berada dalam keadaan sihat dan juga selamat.

Terdahulu, Siti dan suami juga turut menyampaikan ucapan terima kasih di atas segala doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah ke saat dia melahirkan bayi tersebut.

Tarikh kelahiran bayi pasangan ini dianggap sebagai istimewa kerana ianya telah bersamaan dengan tarikh kelahiran Nabi Muhammada (Rasulullah s.a.w) dan tarikh ini juga bersaama dengan 1 Rejab.

Mengenai pendedahan wajah puteri mereka kepada umum, Siti meminta agar pihak media memberikan dia sedikit ruang serta masa untuk berehat sebelum dia melakukan pendedahan wajah puteri kesayangannya itu. Sumber: Daily Rakyat, Editor: S