Gara-Gara Muat Naik Gambar Lucah, Iqram Dinzly Dikecam Hebat Netizen.


Iqram Dinzly adalah nama yang tidak asing lagi apabila dia sering sahaja menimbulkan kontroversi dengan memaparkan kelakuan yang tidak senonoh di media sosial sehingga ramai yang mengatakan bahawa dia sedang mengalami masalah mental.

Terbaru, Iqram telah memuat satu status di laman sosial Instagram miliknya di mana dia telah memuat naik gambar patung wanita dengan kenyataan yang berbentuk Islamik dan juga beberapa potong ayat Al-Quran. 


Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian ramai adalah Iqram dilihat memegang dada patung wanita terbabit yang mana patung tersebut telah dipakaikan baju tanpa lengan sambil meletakkan kepalanya ke dada patung berkenaan.

Akibat daripada perbuatannya itu, dia telah dikecam hebat oleh netizen yang merasakan bahawa gambar tersebut kelihatan jijik dan tiada kaitan dengan kenyataan yang diberikan olehnya. 





Namun, Iqram dilihat langsung tidak menghiraukan kecaman tersebut bahkan dia turut memberikan komen balas kepada netizen yang berbunyi 'Bahlol merebucks', walaupun sebelum ini dia juga pernah menghadapi situasi yang sama tetapi dia tetap menunjukkan perbuatan yang tidak senonoh itu. 


Ramai yang berpendapat bahawa perbuatan pelakon terbabit seolah-olah sengaja mempermainkan agama dan gambar tersebut tidak selari dengan kenyataan yang diberikan.

Namun begitu, ramai netizen yang turut meminta agar gambar tersebut dipadam daripada laman sosialnya kerana ia akan mengundang kemarahan orang ramai dan ada juga dalam kalangan netizen yang turut meminta agar Iqram segera bertaubat dan berhenti daripada melakukan perbuatan tersebut. 



Semoga Iqram sedar akan perlakuan yang dilakukannya itu dan berhenti daripada memuat naik gambar sebegitu lagi. Sumber: Lobak Merah, Editor: Ira