Lisa Blackpink Malu Berkongsi Foto Memakai ??? Kerana Takut Dimarahi Ibu


BAGI penggemar muzik K-pop, barangkali tiada yang tidak mengenali Lisa Blackpink.

Wanita yang berasal dari Thailand namun membina kariernya di Korea Selatan bersama kumpulan tersohor itu amat terkenal sehingga setiap penampilan atau fesyen yang digayakan akan menjadi ikutan.

Ternyata, dalam banyak penampilan dan kecintaan terhadap dunia fesyen, Lisa mengaku dia cukup malu dan takut untuk berkongsi mengenai pakaian yang satu ini.
 
Kata perempuan berusia 26 tahun itu, dia malu dan tidak akan berkongsi foto dirinya memakai bikini kerana takut dimarahi ibunya, Chittip Brüschweiler.

Kenyataan itu diberikan Lisa sewaktu hadir dalam acara bertemu peminat Blackpink di Bangkok yang dianjurkan TrueID pada 26 Mei lalu.

Sewaktu berbicara, Lisa bercerita tentang hobinya yang suka pergi bercuti jika tidak sibuk bekerja.
Kata pemilik nama asal Lalisa Manoban, dia suka pergi ke pantai untuk berehat.

“Saya suka pergi ke pantai dan suka pakai bikini. Tapi saya malu. Saya juga takut kalau ibu marah,” katanya disambut dengan sorakan peminat yang hadir. -Gempak