Kerana Tak Pakai Mask Lelaki Ini Ditumbuk Sukarelawan.


Seorang lelaki cedera di mulut selepas ditumbuk sukarelawan hanya kerana tidak berpuas hati berhubung tindakan lelaki terbabat tidak memakai penutup mulut dan hidung.

Kejadian berlaku kira-kira petang tadi 03.04.2020 di jalan kampung area2 Jalan Kebun, menurut mangsa didatangi sekumpulan sukarelawan dalam keadaan marah.

menurut mangsa lagi, sekumpulan sukarelawan tiba-tiba meluru ke arah mangsa sebelum bertindak menumbuk hingga mendatangkan kecederaan dihadapan dua anggota polis.

Ikuti kenyatan penuh mangsa

Petang tadi nk keluar, nk beli la makanan untuk anak2 sebab diorg dah lapar, lagipun aku mmg nak p topup barang2 dapur yg makin susut ni..aku pun naik la motor cabuk ni, siap pakai helmet bagai, lalu jalan kampung area2 Jalan Kebun ni..

Sepanjang jalan penuh dengan sukarelawan, menjaga dan memantau aktiviti penduduk sini.. good joob la, satu usaha yg bagus..

Cuma yg tak bagus nya, memaksa pengguna jalan raya untuk pakai Mask.. Motif??

Sambil naik motor lalu depan diorg, diorg tanya “mask mane?”.. aku cakap la sambil berlalu pergi, “mask tak perlu pakai skng ni”..

Then bermula laaaa aktiviti “sukarelawan” suruh berhenti, siap kejar naik motor, terus pancung depan motor aku.. Wow!! Samseng sungguh.. 2-3 org datang dengan motor, sambil tempik,menjerit, kata aku kurang ajar bagai..

Eh??????? Aku cakap mcm tu pun depa kata kurang ajar? Aku cakap berdasarkan apa KKM cakap.. abih tu KKM kurang ajar ka? 🤦🏻‍♂️

Kebetulan polis peronda ada kat jalan sebelah.. kitorg pun jumpa la polis, bercerita dari A-Z.. sebab skng ni diorg ramai, masing2 duk backup la kata aku ni kurang ajar disebabkan aku jawab td.. 😅
Then satu insiden yg menarik, salah sorg “sukarelawan” cuba rampas kunci motor aku, so aku cuba rampas balik la, then Bommmmm!!

Aku kena makan penumbuk!! Depan2 anggota polis..aku cakap, ni dah main bab2 tumbuk, kita setel balai terus..nk panjangkan isu sgt kan..

Lepas tu boleh plak suruh aku tumbuk dia balik.. what the heck!! Sosial distance bro.. ko jaga jarak ko,aku jaga jarak aku, no direct contact.. tapi skng ni dah ber contact bagai dah,dah sentuh aku punya bibir..

Aku cakap, kalau cmni cara dia, bertindak serupa samseng, kita setel balai.. so kat situ berlaku la lagi ketidakpuasan hati masing2.. last2 aku cakap, kalo betul nk setel sini, kau mintak maaf.. so isu ni berlarutan 5-10 minit diakhiri akuan maaf dari bro tersebut..

Aku senang ja, nk buat apa2 pun, jangan melebihi dari pihak2 berkuasa yg terlibat.. jgn memaksa/sambil buat muka tak puas hati hanya sebab aku tak pakai mask..hanya sebab aku cakap, “tak perlu pakai mask skng ni” terus kata aku kurang ajar, oh my........mentang2 la aku sorg, hampa ramai, siap pancung & block motor aku, bertempik2 mcm tu, siapa yg kurang ajar sebenarnya..

tahu tak korg, berapa kedai aku p cari mask, semua out of stock.. stock yg ada kat aku skng ni hanya 2 keping.. itu pun aku mengemis dari sahabat Emey Suziana Ahmad Mukri.. bersyukur la dia bagi, so aku boleh guna untuk masuk ke tempat2 yg perlu dan sesak mcm pasaraya, walaupun aku ada pilihan untuk tak pakai..

Jadi, sukarelawan semua, jangan bertindak samseng ok.. kami tak pakai mask, pacak meja, hulurkan mask kalau betul nak bagi.. mudah semudah ABC.. & aku keluar pun cari barang keperluan, bukan untuk jalan2 hirup udara segar kat luar..

Nota kaki : takde la sakit sgt pun.. hati ja sakit skng ni 😂 - Sumber : Shinji Izac