Powered by Blogger.

Thursday, March 5, 2020

Latheefa Koya Letak Jawatan Dari SPRM

Hasil carian imej untuk Latheefa Koya
Latheefa Koya mengesahkan sudah meletakkan jawatan sebagai ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam kenyataan medianya hari ini, Latheefa berkata beliau menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada 2 Mac lalu.

Menurutnya lagi, ia merupakan keputusannya sendiri dan spekulasi yang mengatakan dia ditekan untuk meletak jawatan tidak berasas.

Latheefa juga berkata dia berhasrat untuk kembali menjadi pendukung hak asasi manusia.

Ketika bertemu dengan Muhyiddin, dia telah menerangkan secara ringkas tentang usaha dan tindakan yang sedang dilakukan SPRM untuk mendapatkan semula dana 1MDB dari luar negara.

Latheefa turut mengucapkan terima kasih kepada bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad serta menyatakan keyakinan terhadap pegawai-pegawai SPRM yang tidak akan berkompromi melawan rasuah tanpa mengambil kira kedudukan atau sokongan politik pelaku. - Malaysiakini