Skip to main content

Sebab Awak Asyik Sibuk Dengan Anak

Sedia atau tidak, bila anda sebagai seorang lelaki berkahwin, anda pasti akan dikurniakan zuriat...apa yang perlu anda tahu bila dah dapat zuriat?

Anak yang baru lahir tidak mampu menguruskan dirinya sendiri... anak yang baru lahir tidak mampu untuk makan dengan sendirinya... anak yang baru lahir perlukan bantuan orang lain untuk buat sesuatu bagi pihak dirinya...

Dari dia kecil, sehinggalah dia dapat menguruskan diri sendiri dgn sebaiknya...mgkin ketika 4 tahun, mgkin 5 tahun...dan sepanjang tempoh tersebut, anda perlu menyibukkan diri utk bersama isteri menguruskan dan membesarkan anak anda...

Anak adalah tanggungjawab bersama...

Jika ketika ini pun anda masih nak disuap makan oleh isteri, jika ketika ini pun anda masih nak tangan anda dibasuh isteri, jika ketika ini pun tuntutan anda sebagai suami masih sama ketika seperti tiada anak, maka anda hanya tahu utk buat anak...

Alasan isteri sibuk dgn anak sehingga anda ada masa untuk cari lain, ada orang lain dan berlaku curang menunjukkan ANDA TIDAK BERSAMA ISTERI dalam menguruskan dan membesarkan anak anda...

Sekiranya anda terlibat secara langsung dlm proses ini, ketahuilah yg sebenarnya anda TIDAK ADA MASA utk berkenalan dgn org lain atau curang...

Anda terpaksa bgun pukul 3 pagi utk bancuh susu, anda terpaksa tukar lampin pada bila2 masa, anda terpaksa fokus kepada apa yg dibuatnya...dan ini akan menjadikan anda letih sehingga takde dlm fikiran anda tentang ISTERI SIBUK dgn anak sehingga anda rasa terabai...

Tiada pengabaian jika anda faham yg isteri perlu beri perhatian kpd kehadiran ahli keluarga yg baru...kegagalan utk memahami dan meletakkan perkara ini sebagai alasan utk mempunyai org lain dibelakang isteri menandakan anda bukan seorang yg cerdik...

Sumber:  Firdaus Shakirin

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...