Powered by Blogger.

Tuesday, October 22, 2019

Bangla Buat Aksi, Isteri Dalam Rumah Menjerit Minta Tolong


Seorang wanita terpaksa melalui detik yang mencemaskan selepas rumahnya didatangi seorang lelaki warganegara Bangladesh yang bertindak melakukan gangguan secara seksual ke atasnya.

Walaubagaimanapun perbuatan menjijikkan lelaki terbabit berjaya dirakamkan oleh bapa kepada seorang pemuda sebelum dimuat naik olehnya ke dalam Twitternya yang menggunakan nama akaun danielmokhtar.

Menerusi rakaman tersebut dapat dilihat lelaki terbabit beberapa kali telah mengetuk serta menggoncangkan pintu rumah wanita tersebut, dipercayai kerana berada dalam keadaan mabuk dan sedang terangsang yang mendorong dia berkelakuan begitu.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada pukul 1 pagi ketika wanita berkenaan sedang berada di dalam rumahnya sebelum didatangi lelaki terbabit yang melakukan aksi tidak senonoh di hadapan kediamannya sehingga menyebabkan wanita berkenaan bertindak menjerit sekuat hati meminta tolong.

Video rakaman tersebut yang telah dirakamkan oleh ayah pemuda berkenaan telah menjadi bahan bukti untuk pihak polis melakukan siasatan manakala lelaki berkenaan telah ditahan atas yang dilakukannya itu.

Walaubagaimanapun video terbabit telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, malah tindakan seorang lelaki yang memakai baju keselamatan juga telah dikrirtik kerana dikatakan terlalu lambat bertindak menghulurkan bantuan kepada wanita terbabit.