Skip to main content

Kerana Mengurat Ibunya, Lelaki Ini Penggal Kepala Rakan Baik Dari Kecil


NEW DELHI: Seorang pekerja kilang dengan selamba menjinjing kepala rakannya yang dipenggal ke balai polis selepas membunuh mangsa kerana cuba mengurat ibunya dalam kejadian Sabtu lalu.

Kejadian seumpama itu dilaporkan kali ketiga berlaku membabitkan mangsa yang dipenggal kepala di Karnataka, barat daya India dalam tempoh sebulan.

The Sun melaporkan, rakaman video menunjukkan kejadian mengerikan itu apabila suspek, Pashupati, 24, tiba di balai polis Belakavadi selepas menaiki motosikal sejauh 20 kilometer sambil membawa kepala rakannya, Girish, 35.

Dia memberitahu polis bahawa tindakannya itu kerana rakannya cuba mendekati ibunya dengan mengurat wanita terbabit sebelum dia ditahan polis kerana disyaki membunuh.

Times of India melaporkan, suspek dan mangsa adalah rakan sepermainan sejak kecil, namun hubungan mereka mula renggang tiga tahun lalu disebabkan masalah itu.

Masalah itu turut mencetuskan pergaduhan antara mereka hingga penduduk kampung terpaksa campur tangan, namun Pashupati tetap tidak berpuas hati dan merancang membalas dendam.

Pada hari kejadian, suspek memberitahu kepada mangsa, dia sudah memaafkan lelaki itu sambil menjemputnya datang ke rumah menghadiri satu majlis.

Menurut polis, mangsa menerima jemputan itu sebelum suspek memujuk supaya mengikutnya menaiki motosikal ke kampung Kolathur.

“Apabila mereka tiba di kawasan sunyi, Pashupati menimbulkan semula masalah antara mereka. Selepas pertengkaran, dia memenggal kepala mangsa,” kata polis.

Sementara itu, Mirror melaporkan, Superintendan Polis, Shivaprakash Devaraj berkata, pihaknya masih menyiasat insiden itu, manakala suspek dan mangsa adalah rakan baik.

“Mangsa dipercayai mati pagi itu sebelum kepalanya dipenggal dan dibawa ke balai polis,” katanya. - Harian Metro

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...