KUALA LUMPUR: Pelakon, Raysha Rizrose tidak berhasrat memadam foto kontroversi yang dimuat naik di laman Instagram, baru-baru ini, meskipun menerima pelbagai kecaman netizen.
Baginya, pakaian yang digayakan dalam foto yang dirakamkan dalam sebuah kenderaan itu tidak keterlaluan, meskipun ramai yang kurang senang melihatnya.
"Golongan yang menghentam ini hanya memalukan diri mereka sendiri apabila menggunakan perkataan kesat dan kasar. Siapa yang mahu dikecam?
“Tidak dinafikan, saya agak terkesan dengan kecaman itu, tetapi sebagai selebriti, saya harus bersikap terbuka menerima komen netizen. Sekalipun memakai jubah, mereka tetap akan kecam.
"Bagi saya, gambar itu tidak keterlaluan kerana baju yang dipakai itu tidak ketat. Kecaman netizen itu secara tidak langsung melambangkan diri dan cara mereka berfikir," katanya.
Beralih kepada persoalan peribadi, Raysha, 22, berkata biarpun sudah enam tahun menjalin cinta, dia tetap dengan pendiriannya untuk tidak terlalu menggembar-gemburkan hal itu.
Tidak menyorokkan identiti teman lelakinya, Raysha bagaimanapun menjelaskan, masih terlalu awal untuk membawa hubungannya dengan pelumba kereta Formula 3 negara, Nabil Jeffri ke fasa lebih serius.
“Saya tidak pernah menyembunyikan identiti kekasih, cuma memilih untuk tidak terlalu bercerita mengenai percintaan kami. Siapa yang tahu, tahulah kerana sesekali kami ada memuat naik gambar berdua di laman sosial.
“Saya juga pernah membawa Nabil menemani saya pada majlis atau acara tertentu kerana sudah serasi dengan kehadirannya. Cuma, untuk menjalani sesi fotografi bersama, saya perlu memberikannya sedikit masa.
“Kami mula bercinta ketika saya berusia 16 tahun, sebelum saya memulakan langkah sebagai pelakon. Sudah pasti, saya mengharapkan hubungan kami berkekalan, namun buat masa ini, kami mahu mencapai cita-cita dan impian terlebih dahulu,” katanya.
Ditemui pada sidang media Anugerah Skrin (ASK) 2018, baru-baru ini, adik kepada pelakon, Uqasha dan Nelydia Senrose itu bersyukur drama lakonannya, Pendosa Ingin Ke Syurga turut meraih pencalonan pada acara yang akan berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), 2 November ini.
“Saya sudah menjangka drama ini akan pergi jauh kerana kehebatan gandingan pelakon dan kelainan plot yang diangkat pengarah.
“Pencalonan awal ini sudah membuat saya gembira, apatah lagi diberi peluang bertanding dengan karya tempatan yang tidak kurang hebatnya,” katanya mengenai drama yang menampilkan Datuk Rosyam Nor, Sherie Merlis dan Fauziah Nawi sebagai pelakon utama. - Berita Harian Online