Matodor tersebut yang dikenali sebagai Juan Jose Padila berusia 45 tahun diberikan nama panggilan matador bermata satu kerana dia telah memakai penampal mata di sebelah matanya selepas dia diselamatkan pada 2011.
Kini yang terbaru adalah dia sedang pulih dari satu lagi kecederaan mengerikan yang menyebabkan separuh dari kulit kepalanya terputus di hadapan beratus-ratus orang yang sedang menyaksikan pertunjukkannya di Arevalo di utara Sepanyol.
Rakaman video sekitar kejadian tersebut telah berjaya dirakamkan dan amat jelas menunjukkan keadaan ngeri dia yang cuba memegang kulit kepalanya di pusat bullring sebelum dibantu oleh matador yang lain.
Padilla yang sedang melakukan aksi bersama lembu tersebut bagaimanapun telah kehilangan imbangan badan sebelum terjatuh ke tanah.
Lembu tersebut yang melihat Patilla terbaring di tanah telah menyerang Patilla dengan tanduknya sebanyak beberapa kali sehingga menyebabkan kulit kepalanya terkoyak.
Patilla kemudiannya telah dikejarkan ke hospital di Avila bagi mendapatkan rawatan dan doktor di sana telah mengesahkan tiada sebarang kecederaan yang membabitkan otaknya walaupun kecederaan yang di alaminya di kepala agak teruk.
Patilla kemudiannya telah dipindahkan ke Seville bagi meneruskan rawatannya di bawah pengawasan Dr Alberto Garcia-Perla iaitu seorang pakar ubat-ubatan maxillo yang telah merawatnya sejak dia kehilangan matanya ketika di Zaragoza.
Mereka telah memberitahu bahawa dia masih dalam keadaan sedar ketika luka yang berukuran 20cm dan amat mengerikan itu di jahit sehingga 40 jahitan.
Namun begitu disepanjang rawatan dijalankan dia dikatakan hanya memikirkan isterinya Jerez Padilla dan hanya mencari telefon untuk menghubunginya.
Hari ini dia yang dikenali sebagai pahlawan Sepanyol memuat naik posting di facebook meluahkan ucapan "Terima kasih kepada semua pengikutnya yang memberikan sokongan serta semangat buatnya".
"Saya berada dalam keadaan baik dan saya ingin meyakinkan semua orang bahawa keadaan saya selepas kemalangan tersebut adalah sangat baik kerana saya merasakannya.
"Sekarang ini saya berada di Seville dan saya sedang menunggu Dr Garcia-Perla untuk merawat saya serta memeriksa luka saya dan memberikan nasihat kepada saya cara bagaimana untuk meneruskan rawatan.
"Saya amat terkejut dengan begitu banyak ucapan kasih sayang, rasa hormat dan galakkan yang diberikan seperti keluarga saya, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengambil berat terhadap diri saya yang mengalami kejadian tersebut pada Sabtu yang lalu.
Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada doktor dan pasukan perubatannya dan memberitahu bahawa dia telah bersedia untuk balik ke rumahnya serta amat berharap dapat menyambut perayaan San Fermin di Pamplona.
Padilla yang dikenali sebagai 'Ciclón de Jerez', kehilangan mata kirinya pada tahun 2011 di Zaragoza malah dia juga pernah mengalami kecederaan di leher ketika di Pamplona pada tahun 2001.
Ahli pasukannya memakai baju dengan slogan: 'Penderitaan adalah sebahagian daripada kemuliaan'. - Online News