Skip to main content

Majlis Peguam Terkejut Najib Ditahan, Menimbulkan Tanda Tanya???


Kuala Lumpur - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang tadi di rumah beliau menimbulkan tanda tanya oleh Majlis Peguam

Menurut laporan Malaysiakini, Presiden Majlis Peguam George Varughese berkata pihaknya rasa "terganggu" dengan kenyataan yang dikeluarkan Pasukan Petugas Khas 1MDB yang mengumumkan penahanan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak petang tadi.

"Majlis Peguam terkejut dan rasa terganggu dengan kenyataan media yang dikeluarkan hari ini oleh Pasukan Petugas Khas 1MDB yang mengumumkan Najib ditahan pukul 2.35 petang tadi berhubung SRC International Sdn Bhd dan bekas perdana menteri itu akan didakwa di mahkamah 8.30 pagi esok.

"Pasukan petugas khas itu tidak ada kuasa undang-undang untuk menahan Najib. Sebarang penahanan hanya boleh dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau polis.

"Pasukan petugas khas itu juga tidak ada kuasa menentukan sama ada Najib akan didakwa esok, kata Varughese dalam kenyataan hari ini.

Pasukan petugas khas berkenaan terdiri daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull, bekas ketua pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed, bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas timbalan pengarah cawangan khas Bukit Aman Datuk Abdul Hamid Bador.

Varughese berkata, tindakan Pasukan Petugas Khas 1MDB itu menimbulkan beberapa persoalan.

"Adakah pasukan petugas khas mempunyai kuasa undang-undang untuk mengarahkan penahanan Najib? Dan adakah pasukan petugas khas itu mempunyai kuasa mendakwa Najib?" katanya.

Najib dibawa SPRM petang tadi dari rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Susulan itu, Pasukan Petugas Khas 1MDB mengeluarkan kenyataan mengesahkan penahanan Najib.

Menurut laporan, pihak SPRM sendiri telah mengesahkan penahanan itu adalah bagi tujuan membantu siasatan berkaitan isu dana RM2.6 bilion yang sedang dalam siasatan pihak mereka.

Beliau akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk perintah tahanan reman pada esok.

Kira-kira pukul 2 petang tadi tiga buah kereta milik SPRM telah dilihat memasuki perkarangan rumah beliau dan telah keluar balik pada pukul 3.07 petang bersama-sama sebuah kereta Proton Inspira berwarna merah yang dinaiki oleh Najib.

Sepeti yang diketahui sebelum ini Najib pernah dipanggil bagi memberikan keterangan kepada SPRM berhubung isu SRC Internasional.

Beliau tampil memberi keterangan pada 22 Mei lalu di Ibu Pejabat SPRM jam 3.15 petang selepas lebih empat jam memberi keterangan berhubung siasatan kes terbabit.

Pada 24 Mei lalu, Najib memberi keterangan untuk kali kedua kepada SPRM dan mengambil masa lebih tujuh jam berhubung siasatan kes yang sama.

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...