Isu Surat CIA "Itu Rahsia Kerajaan, Tak Boleh Dibocorkan "- Najib


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah diasak oleh media berkaitan isu kebocoran surat kepada Agensi Risikan Pusat (CIA).

Namun begitu, Najib telah menafikan bahwa kebocoran surat tersebut adalah tidak wajar sama sekali berlaku memandangkan ianya adalah merupakan rahsia kerajaan dan perkara tersebut tidak wajar diberikan komen.

"Saya tidak tahu kerana surat itu dibuat oleh badan perisik kita dan bukan dasar kita nak dedahkan surat tersebut. Ini rahsia kerajaan, kalau dedahkan maknanya tak ada apa-apa lagi yang boleh dianggap sebagai rahsia dalam negara," katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Beliau memberitahu begitu sebagai mengulas mengenai isu yang ditanya oleh pemberita mengenai kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang mengeluarkan kenyataan bahwa beliau akan melakukan siasatan berhubung surat berkenaan.

Malah beliau juga turut menegaskan bahawa beliau tidak akan memberikan sebarang pengesahan berhubung surat berkenaan yang didakwa bahawa beliau telah memohon sokongan daripada Amerika Syarikat (AS).

"Saya tidak boleh mengesahkan atau menafikan sama sekali kerana saya tidak tahu apa yang ditulis dan secara dasarnya tidak patut memberikan komen terhadap perkara ini dan mengulas mengenai kebocoran seperti ini kerana ia sangat 'bad presidential'," ujarnya ketika di tanya ketika berada di lobi parlimen.

Sebelum ini telah kecoh di media yang mendakwa bahawa lima hari sebelum pilihan raya umum pada 9 Mei yang lalu, bahagian penyelidikan Jabatan Perdana Menteri yang disebut sebagai unit risikan telah menulis surat kepada pengarah CIA, Gina Haspel bagi meraih sokongan.

Melalui surat yang telah dibocorkan terbabit mengandungi tiga halaman dilihat mengandungi kenyataan bahawa Najib dijangka memenangi pilihan raya dengan hanya undi yang secukupnya untuk membentuk kerajaan.

Malah di dalam surat itu jelas menunjukkan kenyataan meminta AS menyatakan sokongan terhadap pentadbiran Najib walaupun cuma dengan kemenangan 'majoriti mudah atau hanya satu kerusi'.
Walaubagaimanapun, Najib sekerasnya menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai surat berkenaan dan ianya merupakan rahsia kerajaan yang tidak boleh didedahkan. - Malaysiakini