Skip to main content

Tun Dr Mahathir Mohon Maaf Tidak Dapat Memenuhi Permintaan.


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan keterujaan dan kegembiraan melihat semangat yang ditunjukkan oleh rakyat pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Seri Perdana hari ini.

Tun Dr Mahathir memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi permintaan pengunjung yang mengunjungi majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri untuk bersalaman dengannya.

Berucap pada majlis berkenaan, kehadiran terlalu ramai pengunjung adalah di luar jangkaannya dan beliau meminta maaf kerana tidak mampu untuk terus bersalaman dan menyambut kehadiran pengunjung.

"Terlalu ramai yang hadir, tetamu yang hadir bukan sahaja mereka yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, tetapi juga bangsa lain. Ini menggambarkan wajah sebenar Malaysia.

"Ini adalah kebaikan daripada acara rumah terbuka yang diadakan setiap kali setiap kali tibanya hari perayaan di Malaysia, semangat inilah yang dinamakan sebagai perpaduan dan mencerminkan masa depan yang gemilang buat negara," katanya sambil disambut tepukan dan sorakan pengunjung.

Tun Mahathir juga mengungkapkan rasa terharu apabila kebanyakan rakyat yang ditemui mengucapkan terima kasih kepadanya kerana sanggup memikul tanggungjawab sebagai perdana menteri dan berpendapat kejayaan Pakatan Harapan pada pilihanraya umum baru-baru ini adalah hasil sokongan kuat daripada seluruh warga Malaysia.

Tetamu mula berkumpul seawal 8.30 pagi di pintu masuk Seri Perdana untuk menghadiri majlis yang dijadual berlangsung dari 10 pagi hingga 4.30 petang itu.

Setakat pukul 11 pagi, lebih 10,000 pengunjung telah hadir dan dijangka 70,000 orang akan menghadiri rumah terbuka itu. Ia melebihi jangkaan awal iaitu seramai 50,000 akan hadir ke majlis tersebut.

Semangat itu, kata perdana menteri, adalah sangat baik dan mencerminkan masa depan cerah kepada negara di bawah kerajaan Pakatan Harapan, dengan pengunjung yang beratur sejak 8.30 pagi, turut mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana menyelamatkan negara.

“Ramai rakyat yang hadir hari ini memberi sokongan kuat pada kami. Saya minta maaf tidak dapat bersalaman dengan semua yang hadir.

“Tetapi saya amat menghormati dan berterima kasih kepada rakyat yang begitu gembira menunjukkan mereka menghargai usaha kerajaan Pakatan Harapan menyelamatkan negara,” katanya di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri 2018 di Putrajaya.
 

Justeru, beliau berkata pengunjung yang bersalaman dengannya menyuarakan sokongan, malah ada yang menyebut “I love you’.

“Kita tidak pakai plakad ‘I love PM’. Pengunjung tidak bawa itu semasa salam tetapi mengatakan ‘I love you’ kepada saya,” katanya dengan disambut tepukan gemuruh.

Dr Mahathir berkata majlis rumah terbuka yang diadakan pada hari kebesaran seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha mampu menyatupadukan rakyat berbilang kaum.

Beliau turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pengunjung.

Terdahulu, keadaan menjadi agak tidak terkawal dan sesak apabila orang ramai berpusu-pusu mahu bersalaman dengan Dr Mahathir.

Setakat 12.05 tengah hari, seramai 30,000 pengunjung hadir ke rumah terbuka yang berlangsung dari 10 pagi hingga 4.30 petang.

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...