Skip to main content

Musa Tidak Lari, Sedang Jalani Rawatan Diluar Negara. - Peguam


Peguam Tan Sri Musa Aman tampil menjelaskan tindakan Bekas ketua menteri Sabah itu keluar nagara atas urusan kesihatan.

Menurut peguamnya Zahir Shah, Musa Aman kini sedang mendapatkan rawatan perubatan dan tidak melakukan perjalanan ke luar negara secara haram.

Menurut laporan Malaysiakini, Musa dinasihatkan oleh doktor peribadi untuk mendapatkan rawatan penyakitnya, yang telah lama tertangguh tanpa menyebut sakit Musa dan tempat beliau sedang menerima rawatan.

"Saya ingin memaklumkan bahawa Tan Sri Musa ingin menjelaskan bahawa beliau tidak pernah melakukan perjalanan secara haram dan ingin menyatakan perjalanannya sentiasa melalui saluran imigresen yang sah.

"Beliau (Musa) mengulangi bahawa beliau sentiasa bersedia untuk memberikan kerjasama penuh dan akan terus berbuat demikian dalam membantu pihak berkuasa sekiranya ia dilaksanakan dengan adil dan bersungguh-sungguh mematuhi undang-undang," katanya dalam satu kenyataan malam ini, lapor Bernama.

Peguam itu membuat kenyataan tersebut susulan amaran Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali kepada Musa hari ini bahawa tindakan akan diambil jika pengerusi Barisan Nasional Sabah itu meninggalkan negara secara menyalahi undang-undang.

Zahir dipetik Bernama sebagai berkata Musa akan kembali ke Sabah sebaik sahaja rawatan perubatannya selesai dan doktor beliau berpuas hati dengan keadaan kesihatannya secara keseluruhan.

Malam tadi, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengulas kehilangan pemimpin gerakan baju merah Datuk Seri Jamal Yunos dan Musa Aman berkata kedua-dua ahli politik itu perlu menyerah diri kepada pihak berkuasa berkaitan atau berisiko ditangkap kerana polis Malaysia boleh mendapatkan bantuan daripada rakan-rakan negara asingnya, termasuk Interpol.

"Adalah lebih baik bagi mereka untuk menyerah diri dan polis akan mengambil tindakan sewajarnya di bawah undang-undang.

"Tidak kisahlah siapa mereka, polis sedang mencari kes-kes yang kita tahu telah dilaporkan dalam media, kesalahan dilakukan di bawah undang-undang Malaysia dan mereka tidak boleh lari.

"Walaupun mereka mungkin cuba melarikan diri, saya percaya undang-undang akan mengejar mereka," tegas Muhyiddin. - Malaysiakini 

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...