" Sedih Melihat Pelbagai Masalah Telah Menimpa Najib Serta Cara Najib Di Layan"Tun Rahah


Semalam merupakan hari pertama umat Islam berpuasa.Dalam kegembiraan rakyat Malaysia menyambut bulan ramadan ini ternyata ini merupakan ramadan yang penuh dengan dugaan bagi bekas Perdana Menteri kita.

Semalam juga kediaman beliau telah digeledah dan barang peribadi yang dikaitkan dengan isu 1MDB telah dirampas oleh pihak polis.

Beliau juga dikatakan telah menyambut ramadan tahun ini bersama ibu tersayang,Tun Rahah Mohamad Noah.Beliau merupakan balu kepada Tun Razak iaitu Perdana Menteri ke-2 Malaysia pada ketika itu.Tun Rahah sebagai seorang ibu turut berasa simpati dan sedih dengan apa yang berlaku terhadap anaknya.


Menerusi sekeping gambar yang memaparkan Najib bersama ibunya.Gambar asli tersebut telah dimuat naik oleh anak lelaki Najib,Ashman Najib yang dikatakan sudah tersebar secara meluas di media sosial.

Menuru Tun Rahah,beliau amat bimbang dengan keadaan keluarganya,terutama cucu-cucu dan cicitnya yang baru dilahirkan.Malah,beliau sangat sedih melihat pelbagai masalah telah menimpa Najib serta cara Najib di layani.

Walau bagaimanapun,Najib memberitahu ibunya bahawa beliau telah melakukan yang terbaik untuk negara dan terpaksa mengharungi dungaan ini.

Sebagai seorang ibu,Tun Rahah telah menasihati Najib agar terus tabah dengan ujian Allah.

Rata-rata netizen turut memberikan kata-kata semangat kepada beliau dan tidak kurang juga ada segelintir netizen masih mencaci bekas Perdana Menteri ini.

Tidak kurang juga ada dikalangan pemimpian Pakatan Harapan (PH) meluhkan rasa simpati dengan cara pihak polis melakukan tugas sehingga ke awal pagi proses menggeledah itu dijalankan.

Diharap Datuk Seri Najib terus tabah mengharungi dugaan ini.Editor_Sofia.Sumber-Malaysiakini