Lapan Jam Datuk Seri Najib Razak Berada Di Luar Rumah - Jabatan Penjara Jawab

Lapan Jam Datuk Seri Najib Razak Berada Di Luar Rumah - Jabatan Penjara Jawab
PETALING JAYA – Tempoh hampir lapan jam Datuk Seri Najib Razak berada di luar kediamannya pada Jumaat bukan hanya untuk menunaikan solat Jumaat, malah turut membabitkan beberapa urusan lain termasuk pemeriksaan kesihatan, pengajian al-Quran dan sesi kaunseling. Jabatan Penjara dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya mengambil maklum laporan media berhubung pergerakan bekas Perdana Menteri itu yang dilaporkan berada di luar kediamannya selama hampir lapan jam. Menurut kenyataan itu, pergerakan Najib bermula pada pukul 10.25 pagi dan berakhir pada 6.25 petang. Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah menghadiri janji temu pemeriksaan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan susulan di Jabatan Ortopedik. Selain itu, Najib turut menunaikan solat Jumaat di Masjid Penjara Kajang sebelum mengikuti sesi pengajian al-Quran bersama ustaz daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Penjara Kajang. Beliau turut menjalani sesi kaunseling bersama Pegawai Psikologi...

Jamal Akan Direman Tiga Hari.


KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan gangster baju merah yang merupakan ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos, yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes yang disiasat dibawah Seksyen 34 Akta Senjata Api 1960 yang dilaporkan pada 12 Mei lalu, direman tiga hari.

Menurut laporan Astro AWANI, Perkara itu dimaklumkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat.

“Beliau (Jamal) direman bermula hari ini sehingga Jumaat bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, Jamal, 47, ditahan di sebuah hospital swasta di Jalan Memanda, Ampang, sekitar jam 1.15 petang semalam, oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Kontinjen Selangor.

Tangkapan itu dibuat susulan satu laporan polis yang diterima pada 12 Mei lalu, oleh seorang ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kuala Langat.

Difahamkan, pengadu mendakwa melihat beberapa keping gambar menunjukkan Jamal menyelitkan senjata api di pinggangnya di tempat awam.

Dalam laporannya pengadu meminta polis menyiasat perbuatan Jamal itu dan menarik lesen senjata api sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku.

Jamal masih ditahan di hospital tersebut kerana sedang menjalani rawatan.

Polis Selangor mengesahkan terdapat beberapa lagi kes berkaitan Jamal sedang disiasat di samping dua waran tangkap yang akan disempurnakan setelah selesai menjalani rawatan.