Ahmad Maslan Dikecam Netizen Kerana Mengeluh Guna Jalan Yang Ada Tol.


Namanya dahulu sering kali menjadi perhatian di media sosial kerana sering berkongsikan resepi masakan bajet dan tips-tips kewangan di media sosial.

Namun baru-baru ini Ahamd Maslan ada menyatakan keluhanya kerana terpaksa melalui lebuhraya yang mempunyai tol untuk pulang ke Pontian selepas beliau menghadiri mesyuarat Majlis Tertingi UMNO dan majlis berbuka puasa di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau memuat naik satu gambar bersertakan kepsyen berbunyi "Lalu lebuhraya PLUS yg bertol. Ya ada tol. Gerimis dekat Kg Bemban, Jasin/Merlimau. Balik #Pontian lepas mesy Majlis Tertinggi #UMNO & berbuka puasa ptg semalam,".

Rata-rata netizen mula membalas apa yang telah diperkatakan oleh Ahmad Maslan di akau Twitternya dengan menulis "Tak nak bertol gunalah jalan biasa.Tak kan dah lupa dulu jadi Menteri selalu suruh rakyat carri alternetif lain...

"Kalau tak nak bayar tol.Lalu jalan biasa..Kena bijak,kalau tak suka juga keluar dari Malaysia",tulis salah seorang netizen.Editor-Sofia