menerusi video tersebut kelihatan lelaki tersebut menghempas badan teman wanitanya ke atas jalan raya dan mnyeret sehingga ke tengah jalan.
Kemudian wanita tersebut terduduk di atas jalan raya di mana kereta dan motor sedang bergerak. Ketika wanita itu sedang duduk, kelihatan rambutnya ditarik dengan kasar oleh lelaki tersebut.
Beberapa minit kemudian wanita itu bangun dari jalan raya berkenaan sambil di ekori lelaki tersebut.
Kejadian tersebut berlaku dipercayai kerana lelaki terbabit berang kerana teman wanitanya itu keluar makan tanpa meminta izinnya. Editor:Anna