Nama Ifa Raziah mulai menjadi tumpuan media dan netizen apabila dia tampil dengan imej terbarunya.
Ifa dikatakan muncul dengan berimej baru yang ternyata lebih langsing serta berwajah runcing sehingga terdapat sesetengah netizen yang mengaggap bahawa Ifa melakukan pembedahan menyedut lemak supaya kelihatan lebih cantik.
Tidak tahan dengan tohmahan itu, Ifa menafikan sekeras-kerasnya dan menyatakan bahawa dia hanya melakukan rawatan wajah biasa seperti yang diamalkan oleh wanita-wanita yang lain.
Menurutnya lagi, wajahnya itu menjadi semakin cantik adalah bukan kerana pembedahan tetapi kerana keikhlasan dan kejujuran hati yang dimilikinya.
“Saya hanya melakukan rawatan kulit dan facial seminggu sekali sahaja. Saya tidak kisah orang nak gelar saya ‘sailormoon’ ke apa-apa sekalipun, saya bersyukur kerana semakin cantik dan sihat serta nampak muda bukan kerana saya buat pembedahan muka atau sedut lemak tapi disebabkan keikhlasan dan kejujuran hati,” ujarnya.
Tidak melatah mengenai isu yang melanda dirinya, Ifa menyatakan bahawa sudah menjadi lumrah hidupnya bergelar seorang selebriti untuk berdepan dengan komen negatif daripada netizen.
Ifa juga turut menyatakan bahawa netizen bertindak sedemikian bagi menghangatkan isu tersebut adalah kerana netizen mencemburui kecantikan wajah yang dimilikinya.
“Saya tidak cantik, gemuk orang kutuk-kutuk, bila sudah cantik dan kurus pun orang tak puas hati sebab nampak runcing dan mulus.”
“Pada saya mereka kurang kasih sayang, mungkin mereka tidak mampu untuk berbelanja lebih untuk kecantikan sebab itu cemburu melihat orang lain,” tambahnya. Sumber: Rotikaya, Editor: Maya