Ketika Bayi Kembar Ini Lahir, Nenek Dan Ayah Ingin Membuang Mereka, Selepas 23 Tahun, Ayah Menangis Menyesal.


Seorang wanita telah berkahwin pada umur 19 tahun dengan sepupunya sendiri dan mengakui hubungan persaudaraan yang sudah terjalin lama membuatkan rumah tangganya bahagia.

Setelah setahun berkahwin wanita itu hamil dan rumah tangga mereka semakin bahagia.

Tiba saat yang dinantikan wanita itu pon melahirkan anak kembar namun sesuatu yang mengejutkan berlaku.

Suami wanita itu dan ibunya tidak sukakan bayi kembar itu kerana bagi mereka bayi itu adalah makhluk aneh.

Si suami menyuruh isterinya membuang anak mereka atau memberikan kepada sesiapa.

Bayi kembar itu lahir dengan kulit yang sangat putih dan rambut juga putih.

Penduduk di tempat itu juga meminta bayi itu dikeluarkan dari tempat itu kerana bagi mereka kedua bayi itu akan membawa nasib malang

Wanita itu tidak mahu berpisah dengan anaknya dan berkeras mahu anak-anaknya tinggal di rumah mereka.

Akhirnya ibu dan ayah kepada wanita itu serta abangnya datang menjemput bayi kembar itu dan membawa mereka pulang.

Sejak daripada itu, bayi kembar itu tidak pernah kembali ke rumah ibu bapanya dan telah terputus hubungan dengan ayah mereka dan juga nenek mereka sebelah ayah.

Selepas dua tahun wanita itu telah berkahwin lain dan pindah ke bandar membawa anak kembar dan ayahnya kerana ibunya telah meninggal.

Suami baru wanita itu berusia lebih 13 tahun darinya dan menerima segala kekurangan anak kembar tirinya dan keluarga baru mereka sangat bahagia.

Suami baru wanita itu membawa anak-anak tirinya berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan atas penyakit yang dihidapi mereka.

Doktor mengesahkan mereka menghidap penyakit albino.

Saat ini umur mereka sudah mencecah 23 tahun dan berjaya menjadi insan yang berguna.

Seorang bergelar doktor manakala seorang lagi merupakan usahawan berjaya.

Kedudukan mereka sangat dihormati dan tidak ada lagi hinaan dari orang sekeliling.

Pada suatu hari pasangan suami isteri itu membawa anak kembar mereka kembali ke kawasan perkampungan di mana tempat ayah kandung mereka tinggal.

Ayah kandung dan nenek mereka serta semua penduduk kampung berasa menyesal kerana telah menghalau pasangan kembar itu pada suatu ketika dahulu.

Pasangan kembar itu berasa sedih dan berkata mereka juga tidak mahu keadaan seperti itu.

Mereka juga ingin menjadi seperti orang lain mempunyai rambut hitam dan kulit berwarna kuning kecoklatan namun mereka terima keadaan itu.
Sumber: pixpo , Editor:Farhana