Ibu Bantu Anak Curi Motor.


BANGKOK – Seorang wanita berusia 64 tahun ditahan polis kerana didakwa bersubahat dengan anaknya mencuri motosikal.

Ketua Polis Daerah Muang Ubon Ratchathani, Mejar Wichit Putpim berkata wanita yang dikenali sebagai Or ditahan di tempat letak kereta di sebuah pusat membeli-belah pada Selasa bersama dengan motorsikal yang dicurinya.

Mangsa yang dikenali sebagai Tananchanok Supophak, 32 dan rakannya membuat aduan di balai polis selepas mengenal pasti Or adalah ibu kepada suspek yang dikenali sebagai Ae, 32.

Tananchanok yang menyedari motosikalnya hilang telah melihat rakaman video CCTV dirumahnya dan mendapati Ae telah mengambilnya.

Wichit berkata, motosikal yang ditemui bersama Or bukan milik Tananchanok tetapi dicuri daripada orang lain.

Polis kemudian membuat pemeriksaan di rumah Or dan mendapati sebuah lagi motosikal yang dicuri tetapi tidak menemui motosikal Tananchanok.

Menurut Wichit, polis sedang memburu Ae dan akan mendakwa ibu suspek kerana bersubahat. Sumber:mStar Online , Editor:Farhana