Mengambil Anak Pengemis Sebagai Anak Angkat, Lelaki Ini Ditipu Hingga Semua Hartanya Habis.


Sudah menjadi lumrah manusia sememangnya yang suka mencampuri urusan orang lain tanpa memikirkan akibat daripada perbuatan yang suka mengambil tahu hal orang lain.

Kadang-kalanya bukan semua perkara mengenai orang sekeliling yang perlu kita masuk campur kerana bukan semua orang menyukai sikap ambil berat kita yang agak keterlaluan.

Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki warga emas yang hanya dikenali sebagai Zhou yang sangat suka mengambil tahu hal orang lain sehingga  menyebabkan duit simpanannya habis dalam sekelip mata.

Zhou dikatakan hidup dengan cara yang amat bersederhana dan tinggal di sebuah rumah kecil peninggalan kedua orang tuanya dengan keadaan yang cukup-cukup makan sahaja menyebabkan dia tidak mempunyai keluarga serta hidup bersendirian.

Namun begitu apa yang amat menarik perhatian mengenai kehidupan Zhou adalah sikapnya yang selalu suka mencampuri urusan orang lain tanpa memikirkan kesan terhadapnya.

Pernah pada satu ketika dulu terdapat sepasang suami isteri yang bergaduh di hadapan khalayak ramai tetapi tidak dihiraukan oleh orang ramai, namun Zhou yang dikatakan tidak tahan melihat perkara tersebut terus pergi ke arah mereka serta berusaha meleraikan perbalahan mereka.

Tetapi apa yang dia perolehi bukanlah ucapan terima kasih keran cuba meleraikan pergaduhan malah dia telah dipukul oleh kedua suami isteri tersebut sehingga menimbulkan kesan luka di mukanya.

Perkara tersebut telah menjadi bualan penduduk sehinggakan ada yang mengatakan bahawa Zhou memang layak dipukul kerana terlalu suka masuk campur urusan hal orang lain walaupun orang tersebut tidak dikenalinya.

Sejak peristiwa tersebut, Zhou meneruskan rutin hariannya seperti biasa iaitu mengayuh basikal usangnya untuk ke kerja tetapi suatu hari ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerja dia ternampak seorang budak lelaki berusia 10 tahun sedang tidur di tepi jalan.

Melihatkan wajah kanak-kanak tersebut yang comot dengan kesan bekas air mata di wajahnya membuatkan Zhou meninggalkan tempat itu dengan gelengang kepala.

Namun begitu ketika pulang dari bekerja Zhou telah melihat kanak-kanak tersebut di tempat yang sam dalam keadaan sedang berlutut di tepi jalan sambil meminta sedekah pada setiap orang yang lalu dihadapannya itu.

Melihat keadaannya itu, Zhou terus menghampiri kanak-kanak tersebut.

"Kalau kamu tidak ada masalah dengan kemiskinanku, kau ikutlah aku kerana setidak-tidaknya aku masih memiliki nasi yang boleh aku makan setiap hari yang boleh mengisi perut yang lapar" , kata Zhou kepada kanak-kanak tersebut,

Kanak-kanak tersebut yang terkejut mendengar kata-kata Zhou kemudiannya memandang Zhou beberapa ketika sebelum memandang sekelilingnya terlebih dahulu sebelum bangun dan terus mengikuti Zhou ke rumahnya.

Sesampai sahaja di rumah, Zhou telah memandikan, memberi minuman serta memberikan pakaian kepada kanak-kanak tersebut.

Diwajah kanak-kanak tersebut terdapat satu tahi lalat di tepi matanya, dia seakan memahami kesusahan Zhou dan akan membantu Zhou setiap pagi mencuci baju, memasak nasi dan membersihkan rumah.

Khabar mengenai Zhou yang memungut seorang kanak-kanak pengemis ke rumahnya telah tersebar secara meluas di sekitar kediamannya dan rata-rata mereka menasihati Zhou supaya mengusir kanak-kanak tersebut daripada rumahnya kerana beranggapan bahawa kanak-kanak sepertinya merupakan seorang yang mempunyai hati yang kotor serta bakal membawa nasib malang kepadanya.

Namun begitu Zhou langsung tidak menghiraukan kata-kata orang di sekelilingnya kerana apa yang dia tahu dia sememangnya semakin menyukai kanak-kanak tersebut serta telah mula menyanyangi.

Selepas sebulan berlalu, tiba-tiba dia telah didatangi sepasang suami isteri dalam keadaan marah sambil telah melemparkan kata-kata "hai kamu orang tua miskin, berani kamu mencuri anak kami!", kata mereka terhadap Zhou.

Zhou yang pelik dengan kehadiran mereka kemudiannya telah bertanyakan sendiri kepada kanak-kanak tersebut adakah benar seperti yang didakwa mereka bahawa mereka merupakan ibu bapanya, kanak-kanak tersebut telah menjawab dalam ketakutan kepada Zhou "yaa.. bu.. bukan".

Zhou yang mendengar jawapan daripada kanak-kanak tersebut kemudiannya telah bertanyakan kembali kepada mereka bahawa atas bukti apa yang menyatakan bahawa  kanak-kanak itu merupakan anak mereka. Jika memang ada bukti yang menyoong kata-kata mereka dia akan melepaskannya dan jika tiada dia menggesa agar mereka balik.

Pasangan suami isteri terbabit yang kecewa mendengar kata-kata Zhou terus menyatakan bahawa kanak-kanak tersebut bukanlah merupakan anak kandung mereka sebaliknya anak yang mereka pungut di tepi jalan.

"Kami telah membesarkannya selama 10 tahun dan telah menghabiskan banyak duit selama kami menjaganya dan menjadi pengemis adalah salah satu caranya membalas budi kami", kata mereka lagi malah jika Zhou menginginkan anak mereka itu di dunia ini mana ada yang percuma.

Zhou akhirnya bertanyakan lagi kepada kanak-kanak tersebut adakah apa yang dikatakan oleh mereka itu adalah benar sama sekali dan dia hanya mengangguk lemah. Zhou tidak menyangka bahawa masih ada orang seperti mereka di dunia ini lagi.

Zhou langsung bertanyakan apa sebenarnya mereka mahu jika hendak melepaskan kanak-kanak tersebut dan dengan bersahaja sambil ketawa mereka memberitahu bahawa mereka rela melepaskan kanak-kanak tersebut jika Zhou sanggup memberi Rp 10 juta kepada mereka.

Zhou yang mendengar permintaan mereka itu kemudiannya memeriksa duit simpanannya serta mendapati terdapat Rp 20 juta keseluruhan duit simpanannya dan sekarang dia harus menyerahkan separuh daripada duit simpanannya itu.

Zhou terus mengeluarkan duit simpanannya di bank serta diserahkan kepada pasangan suami isteri tersebut sebanyak Rp10 juta seperti yang diminta oleh mereka namun pasangan tersebut tidak mengambil wang dyang dihulurkan olehnya malah saling bepandangan antara satu sama lain.

Zhou yang mengerti maksud kedua mereka itu yang menginginkan harga yang lebih tinggi kemudiannya telah memandang ke wajah kanak-kanak malang tersebut yang kelihatan amat menyedihkan telah menyerahkan Rp 13 juta kepada mereka barulah pasangan tersebut mengambil wang tersebut.

Melihat kepada ibu bapa angkatnya yang semakin berlalu jauh kemudiannya kanak-kanak tersebut terus berlutut di hadapan Zhou sambil berkata "pa, sekarang kamu adalah papa ku".

Zhou yang merasa bahagia dengan situasi yang dialaminya itu langsung menyuruh kanak-kanak tersebut bangun lalu memeluknya.

Selepas dua bulan berlalu kejadian tersebut tiba-tiba nasib malang menimpa Zhou apabila duit simpanannya di dalam almari yang berbaki Rp 7 juta telah hilang bersama dengan kanak-kanak tersebut yang amat di sayanginya.

Kejadian yang menimpa Zhou tersebut menyebabkan ianya menjadi perbualan masyarakat di sekeliling sehingga ada yang mengatakan Zhou layak menerima nasib tersebut kerana amat suka mengambil tahu hal orang lain dan tidak kurang juga yang melahirkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa Zhou.

Namun begitu Zhou hanya memekakkan telinga terhadap kata-kata yang dilemparkan terhadapnya dan cuba mencari bayangan kanak-kanak tersebut setiap hari.

Kini telah 16 tahun berlalu sejak peristiwa tersebut dan Zhou kini pun telah pun berusia 70 tahun lebih malah keadaan kesihatannya juga semakin teruk sehinggakan pada suatu hari dia tiba-tiba jatuh pengsan ketika sedang menjemur baju.

Apabila sedarkan diri dia telah pun berada di hospital selepas dikejarkan ke hospital oleh jiran tetangganya malah doktor telah pun mengesahkan bahawa terdapat tumor yang aktif di otaknya.

Melihatkan keadaan Zhou yang sudah pun tua tidak mungkin Zhou akan melakukan pembedahan bagi membuang tumor tersebut dan  Zhou hanya mampu memakan ubat bagi menjaga kesihatannya serta menjalani rehat yang secukupnya di rumah.

Doktor kemudiannya telah memberikan Zhou slip ubat yang perlu di beli olehnya bagi penyakitnya itu namun disebabkan tidak mempunyai wang akhirnya Zhou hanya berjalan terus pulang kerumah sambil memujuk hatinya bahawa jika dia memakan ubat sekalipun pasti dia akan mati juga akhirnya.

Di dalam hati Zhou dia hanya mampu untuk menunggu hari kematiannya tiba namun siapa yang secara tiba-tiba terdapat sebuah kereta mewah yang berhenti di hadapan rumahnya dan turunnya seorang pemuda bersama isterinya dari kereta mewah tersebut sambil pemuda tersebut memanggil Zhou dengan panggilan "Pa".

Zhou yang terkejut dengan kunjungan pemuda tersebut kemudiannya telah memandang wajah pemuda tersebut agak lama sebelum menangis selepas mendapati bahawa pemuda tersebut merupakan kanak-kanak yang dipunggutnya di tepi jalan suatu masa dulu yang telah lama menghilang.

Pemuda tersebut kemudiannya terus berlutut di hadapan Zhou sambil memberitahu" pa, dulu aku betul-betul teringin menjadi anakmu serta hidup bersamamu tetapi ibu bapa angkatku yang telah mengambil duit daripada mu telah mencariku semula serta telah memaksa aku supaya mencuri kesemua duit mu serta pergi semula kepada mereka.

Malah mereka turut mengungut aku untuk membakar rumahmu jika aku enggan menurut permintaan mereka menyebabkan aku menuruti permintaan mereka. Malah aku cuba untuk mencari kamu lagi tetapi aku amat takut jika pa tidak akan mempercayai aku serta tidak akan memaafkan aku", kata pemuda tersebut.

Selepas mendengar penjelasan pemuda berkenaan, Zhou langsung memeluknya sambil berkata kepadanya "aku tahu bahawa kamu merupakan seorang anak yang baik".

Pemuda serta isterinya kemudiannya telah membawa Zhou pulang ke rumah mereka bagi menjaga Zhou dengan baik serta telah memanggil doktor yang terbaik bagi merawat penyakit yang dihidapi oleh Zhou.-Berita.com