Bandung - Seorang lelaki meraung di tengah jalan apabila melihat keadaan isterinya yang sarat mengandung maut dalam keadaan yang amat mengerikan akibat di gilis oleh sebuah lori.
Mangsa yang dikenali sebagai Sri Lestari berusia 34 tahun dikatakan sedang hamil lapan bulan ketika kejadian tersebut menimpanya.
Kemalangan ngeri yang berlaku pada semalam tersebut dikatakan berlaku di Jalan 1 Lantas Kawasan Sliwangi sekitar Kota Bandung.
Suasana pilu mengelubungi kawasan berkenaan apabila suami mangsa meraung penuh kesedihan dan sukar ditenangkan apabila dikatakan suasana bahagia yang dirasakan kerana bakal menyambut anak keduanya itu bertukar pilu dalam sekelip mata sahaja.
Ketika kejadian dimaklumkan bahawa mangsa bersama suaminya itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli barangan kelengkapan bagi menyambut kelahiran anak kedua mereka.
Menurut saksi yang melihat kejadian tersebut memberitahu bahawa kemalangan tersebut adalah berpunca daripada motor yang mereka naiki terbabit hilang kawalan menyebabkan mangsa jatuh ke lorong bertentangan sebelum digilis oleh lori yang datang dari arah bertentangan.
Punca motor mereka hilang kawalan adalah disebabkan cuba mengelak daripada melanggar seorang lelaki yang melintas jalan secara tiba-tiba sehingga menyebabkan mangsa terjatuh.
Suami mangsa dikatakan hanya mengalami cedera ringan namun isterinya maut selepas digilis lori dalam keadaan yang amat mengerikan dengan keadaan janin mereka yang hancur bertaburan di jalan raya terbabit.
Bagaimanapun beberapa ahli keluarga serta anak perempuan mangsa yang berusia 7 tahun yang sampai di tempat kejadian cuba menenangkan suami mangsa yang tidak dapat menahan sebak selepas melihat keadaan mangsa serta anak yang bakal dilahirkan itu.
Anggota penyelamat yang tiba dilokasi kejadian telah pun membuat pembersihan dan membawa jenazah serta suaminya ke hospital.
Manakala pemandu lori serta pejalan kaki yang menjadi punca berlakunya tragedi ini telah pun ditahan bagi membantu siasatan lanjut.