Skip to main content

Lokman Mainkan Isu DAP, Cuba Menakut-Nakutkan Pengundi Sungai Kandis.


SHAH ALAM: Datuk Lokman Noor Adam Calon UMNO di Sungai Kandis masih tidak serik dan tetap memainkan isu perkauman dan DAP dalam usaha cuba menakut-nakutkan penduduk Sungai Kandis semalam.

Pada PRU Ke-14 Barisan Nasional kalah teruh apabila rakyat Malaysia berpakat tolak parti yang dikuasai UMNO yang dilihat selalu mainkan isu perkauman ketika berkempen.

Semalam Lokman menuduh Calon Pakatan Harapan (PH) bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni disifatkan tidak mampu membawa suara rakyat berkaitan isu sensitif seperti kedudukan agama Islam dan institusi raja-raja Melayu secara signifikan, biar pun mempunyai latar belakang agama.

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam mendakwa, isu-isu berkenaan jelas tidak selari dengan prinsip perjuangan komponen PH, khususnya DAP, dan kedudukan agama Islam pasti sukar jika calon yang turut didokong DAP itu menang.

"Adakah anda fikir dengan latar belakang agama­nya, dia (Zawawi) akan dapat mela­kukan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip DAP dalam isu-isu berkaitan kedudukan agama dan institusi Islam? Sudah tentu tidak. kata-kata Lokman jelas cuba menakut-nakutkan penduduk Sungai Kandis

"Jadi, sebab itu, rakyat Sungai Kandis perlu faham. Benar, calon PH mempunyai latar belakang agama, namun beliau tidak boleh menyuarakan pandangan beliau secara bebas, berdasarkan ilmu yang beliau ada. Tidak boleh," katanya kepada pemberita sewaktu berkem­pen di Kampung Johari Setia, pada Khamis.

Menurut Lokman yang kuat memainkan isu perkauman di Sungai Kandis, rakyat perlu menilai sebaik-baiknya dan memilih calon yang mampu bersuara bagi mewakili mereka selain berani mengkritik sesiapa sahaja.

Malah, beliau menjelaskan, pada PRK ini, ia bukan soal untuk menukar kerajaan negeri sebaliknya rakyat perlu memenangkan BN dalam memastikan desakan berterusan terhadap kerajaan hari ini untuk menunaikan semua manifesto yang dijanjikan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu.

"Saya boleh tegur sesiapa sahaja termasuk Tun Dr Mahathir (Mohamad) atau Datuk Seri Dr Wan Azizah (Wan Ismail), tak ada masalah," katanya.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...