Isu Perkauman Masih Kuat Di Main Peringkat Bawahan Walaupun Telah Bertuka Kerajaan.


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad percaya kerajaan baru yang diketuainya terdiri daripada pemimpin yang kurang memiliki sikap perkauman.

Bagaimanapun, di peringkat bawahan, Mahathir berkata sentimen perkauman masih wujud walaupun telah berlaku perubahan dalam kerajaan.

"Di peringkat tertinggi, kurang perkauman dalam kerajaan ini. Tetapi di peringkat bawah, perasaan perkauman masih sangat kuat," katanya dalam temu bual dengan Financial Times.

Mahathir, yang pernah memimpin Umno dan BN selama 22 tahun memutuksna keluar daripada parti itu pada 2016 selepas tidak berpuas hati dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak

Beliau mengetuai gabungan pembangkang, Pakatan Harapan (HARAPAN) yang kemudian berjaya mengakhiri penguasaan Umno dan BN selama 61 tahun pada pilihan raya umum ke-14.

Sebelum itu Malaysia tidak pernah menyaksikan perubahan dalam kerajaan sejak negara merdeka.

Umno sekian lama memberi amaran kepada pengundi bahawa kekalahan BN akan melemahkan hak keistimewaan orang Melayu Islam, walaupun disangkal berulang kali oleh HARAPAN.

Namun, Mahathir sendiri mengetuai parti berasaskan kaum dengan membentuk Parti Pribumi Bersatu (BERSATU).

Beliau berhujah langkah menjadikan BERSATU sebagai parti berasaskan bumiputera adalah perlu bagi meyakinkan kaum Melayu agar beralih sokongan daripada Umno.

Tiga lagi rakan HARAPAN iaitu DAP, PKR dan AMANAH adalah parti berbilang kaum.

Pada pilihan raya ke-14 (PRU14) 9 Mei lalu, HARAPAN dan sekutunya Parti Warisan Sabah (WARISAN) memenangi 121 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen.

Gabungan itu kini mempunyai 125 kerusi Parlimen setelah tiga anggota parlimen bebas memihak kepada PKR manakala Upko meninggalkan BN dan berpihak kepada WARISAN. - Malaysiakini