Skip to main content

Nazim Othman Dan Bella Ambil Keputusan Berdiam Diri


Perkahwinan merupakan perkara yang paling di nanti-nantikan oleh setiap pasangan yang bercinta di muka dunia ini. Isteri merupakan amanah daripada Allah.Oleh itu,suami perlu banyak bersabar dengan karenah isterinya dalam apa jua situasi.



Baru-baru ini sudah pasti kita ada mendengar kisah penceraian pelakon sama cantik sama padan ini iaitu Nazim Othman dan Bella Dally di media sosial.Sehingga ke hari ini penceraian mereka masih menjadi tanda tanya mengapa dan kenapa ianya berlaku sedangankan mereka saling mencintai antara satu sama lain.

Namun,pasangan ini lebih memilih untuk berdiam diri dan membiarkan ianya terus menjadi tanda tanya dikalangan netizen.


Nazim Othman dan Bella Dally ada menyatakan bahawa mereka telah mengambil keputusan untuk berpisah dengan cara baik.Melalui dua keping foto di laman Instagram, mereka telah menghabiskan masa yang ada sebagai suami isteri dan mereka berbincang dari hati ke hati selama enam jam bagi membuat keputusan untuk berpisah cara baik dan membawa haluan masing-masing selepas ini.


Gambar tersebut merupakan gambar terakhir sebelum mereka berpisah dengan cara baik.Walau bagaimanapun,Nazim telah memfailkan percerian selepas pulang ke Kota Kinabalu, Sabah .



Rata-rata para netizen tidak senang duduk dibuatnya sehingga ada yang sebak melihat gambar terakhir mereka ketika Bella memeluk erat Nazim.Jeles kelihatan di dalam gambar tersebut mereka masih mencinta antara satu sama lain namun,mereka lebih tahu apa yang terbaik dan pasangan ini hanya menyerahkan segala-galanya pada ketentuan Allah.


Antara komen yang diterima oleh pasagan ini adalah, "Idk why I just feel like crying while reading lastest post on Nazim Othman's Instagram".

"Aaa sedihnya tgk gambar lastes Nazim dgn bella.Dari cara peluk tu boleh tahu tgk peritnya berpisah dengan orang yang still kita sayang",tulis salah seorang netizen.

Diharap Nazim dan Bella terus tabah mengharungi liku-liku kehidupan selepas ini.Sumber-Nazim Othman.Editor-Sofia








Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...