Wanita cedera diserang empat anjing liar
BATU PAHAT – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila diserang dan digigit sekumpulan empat ekor anjing liar ketika berada di tepi jalan di kawasan Parit Raja, di sini. Kejadian tersebut tular di media sosial selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari lokasi berhampiran dikongsikan oleh orang ramai, sekali gus mencetuskan kebimbangan mendalam dalam kalangan penduduk setempat. Menerusi rakaman berdurasi singkat itu, wanita berkenaan dilihat berjalan sendirian sebelum dihampiri oleh beberapa ekor anjing jalanan yang berkeliaran di kawasan tersebut. Keadaan bertukar panik apabila keempat-empat haiwan berkenaan tiba-tiba bertindak agresif lalu mengepung dan menyerang mangsa. Insiden terbaharu itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang menyuarakan kebimbangan terhadap tahap keselamatan orang awam, khususnya pejalan kaki, pelajar, serta kanak-kanak di sekitar pekan Parit Raja. Penduduk setempat turut menggesa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengambil tindakan penguatkuasaan...