Sesungguhnya Orang Yang Beriman Itu Adalah Mereka Yang Berlemah-Lembut Terhadap Ahli Keluarganya

Para suami, lihatlah dalam diri anda, adakah hari ini akhlak anda baik dengan isteri dan anak-anak?
Atau adakah sebaliknya?

Janganlah jadi lelaki yang tidak bagus akhlaknya. Apabila dia bersama kawan-kawan, perangainya sangat baik.

Jika kawan-kawannya dalam kesusahan, dia sanggup menolong walau apa cara pun. Bahkan sanggup membelanjakan wangnya untuk mereka.Sedangkan kawan-kawannya tidak sentiasa ada bersama denganya ketika susah.

Namun apabila bersama isteri dan anak-anak, lelaki seperti ini menjadi sebaliknya..
Sekiranya isteri dalam kesusahan, dia tidak sanggup bergolok gadai.Bahkan rela membiarkan orang lain yang menolong disaat isteri memerlukan kehadirannya.

Paling menyedihkan jika dia hanya membiarkan isteri keseorangan menjaga hal ehwal kebajikan anak-anak.Sedangkan dia langsung tidak mempedulikan zuriatnya sendiri.

Kasihan isteri itu.

Apabila dia meminta sedikit wang untuk menampung perbelanjaan rumah, suami memberikan pelbagai alasan. Apabila diminta sedikit masa untuk bersama-sama, suami menyatakan dia sedang sibuk.

Suami seperti ini belum layak dikatakan bertanggungjawab kepada isteri dan keluarga.

Ingatlah para suami bahawa jangan menyakiti isteri kerana merekalah permata hati kita. 

Kredit: Rumahtangga Bahagia Selamanya