Skip to main content

13 Gambar Aksi Sulung Akhyar Di Johor Darul Ta'zim Semalam

Foto: JOHOR Southern Tigers
Akhyar Rashid yang masih dipalit kontroversi, membuat penampilan pertama bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila diturunkan pada babak kedua aksi persahabatan menentang kelab dari Liga Singapura (Liga S), Home United di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, semalam.

Malah Akhyar turut membantu skuad Harimau Selatan mencipta kemenangan besar 5-0 menewaskan naib juara Zon ASEAN, Piala AFC musim lalu apabila membuat dua umpanan menarik kepada Hazwan Bakri pada minit ke-51 dan membantu Safawi Rasid menjaringkan gol pada minit ke-81 buat skuad bimbingan Luciano Figueroa dan Benjamin Mora.

Ternyata kemelut dicipta Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang ingin membawa kes berhubung kontrak Akhyar ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) langsung tidak dipedulikan pemain muda itu,sebaliknya dia beraksi konsisten dalam perlawanan dan berjaya memikat lebih 18,000 penyokong Harimau Selatan.

Turut hadir menyaksikan perlawanan, pemain kebangsaan Syazwan Andik yang sudah menjalani latihan bersama juara Liga Super lima musim berturut-turut sejak tiga hari lalu.

Pada aksi persahabatan kompetitif, gandingan Figueroa dan Mora yang terus diberi tanggungjawab oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk membimbing pasukan itu bagi mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga M) dan saingan Liga Juara-Juara AFC menurunkan kelibat tiga pemain import baharu.

Dengan formasi 4-3-3 kelibat pemain import termahal Liga M, Diogo Santos yang dikhabarkan berpindah dari Buriram FC ke JDT dengan nilai perpindahan RM12 juta memperagakan aksi konsisten apabila berjaya membentuk persefahaman mantap bersama Gonzalo Cabrera dan pemain import baharu, Aaron Niguez.

Agak menarik apabila Nazmi Faiz Mansor yang diturunkan pada perlawanan itu menunjukkan kematangan tatkala beraksi di posisi tengah dengan kawalan bola menarik selain umpanan bola kepada rakan malah dia langsung tidak kekok mengemudi posisi tengah sambil dibantu Natxo Insa dan Hariss Harun.

Jika dilihat, Figueroa dan Mora sudah ada bayangan kesebelasan utama yang bakal membawa cabaran skuad Harimau Selatan dalam saingan Liga M tatkala Mauricio dos Santos Nascimento yang menggantikan Marcos Antonio di posisi pertahanan beraksi dengan baik bersama Adam Nor Azlin sambil mengekalkan Corbin Ong dan Azril Nasrulhaq Badrul Hisham di posisi bek kiri dan kanan.

Sebelum membuka kempen Liga M menentang Perak pada perlawanan Piala Sumbangsih 2 Februari ini, JDT akan mengharungi tiga aksi persahabatan di Thailand menentang kelab Liga Thai, Ratchaburi Mitrphol FC, Bangkok United dan PTT Rayong bermula 17 Januari hingga 23 Januari ini. - Berita Harian Online - Foto: JOHOR Southern Tigers
 









 

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...