Tak Tahan Dihina Pengantin Cilik Lari Tinggal Dalam Hutan


Selepas tular gambar pernikahan yang disebar oleh isteri ke 2, lelaki yang berkahwin dengan seorang budak perempuan berusia 11 tahun tidak tahan dihina dan dipinggirkan masyarakat setempat.

Menurut laporan Harian Metro, Suami terpaksa memindahkan isterinya berusia 11 tahun di kawasan kebun getah di Gua Musang kerana dipinggirkan masyarakat.

“Selepas perkahwinan kami tular, isteri saya bukan sahaja diejek dengan pelbagai panggilan oleh penduduk kampung, malah ada yang sanggup mengambil gambarnya sebelum menyebarkan kepada individu lain melalui aplikasi WhatsApp.

"Tidak tahan melihat mereka diperlakukan sedemikian rupa, saya memindahkan mereka ke kebun getah yang terletak di kawasan pedalaman," katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.

Suami yang mempunyai empat orang anak itu berharap selepas ini tiada lagi gangguan dari masyarakat terhadap isteri dan keluarganya lagi.

“Tempat tinggal mereka kini agak jauh di dalam hutan dan hampir setiap hari saya terpaksa berulang-alik untuk menghantar bekalan makanan serta perbelanjaan harian kepadanya.

“Biarkan terpaksa memandu berjam lamanya, pada saya kegembiraan dan keselamatan isteri dan keluarganya adalah yang utama buat masa ini," katanya.

Menurut suami, dia akan terus memujuk isteri mudanya itu untuk belajar kerana sebelum ini isterinya enggan itu sambung belajar di sekolah pondok

“Saya tidak akan putus asa dan akan terus berdoa supaya satu hari nanti dibukakan pintu hatinya untuk belajar di sekolah pondok memandangkan dia tidak berminat meneruskan pelajaran dalam bidang akademik,” katanya.

Sebelum ini isteri keduanya memuat naik gambar di facebook mengucapkan selamat pengantin baru kepada suaminya serta madu barunya tetapi apa yang menarik perhatian adalah umur madunya itu.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Effa Zulkifle telah mengucapkan selamat pengantin baru kepada suaminya serta madu barunya yang baru berusia 11 tahun.

Termasuk ibu bapa budak perempuan berusia 11 tahun merestui pernikahan anak mereka walaupun sebagai isteri ketiga kepada lelaki berusia 41 tahun di Sungai Golok, Thailand pada 18 Jun lepas, ketika umat Islam merayakan Aidilfitri.

Bapanya Mat Rashid Rimadsa, 49, warganegara Thailand, berkata beliau amat mengenali lelaki Malaysia itu, yang tinggal di Kampung Lalang, Kuala Betis, Gua Musang kerana selalu menjual getah tongkol (sekerap) kepadanya. - Harian Metro