Skip to main content

Sampai Hati Ibu Biarkan Anak Didera Oleh Kekasih Sendiri.


Siapa sangka seorang ibu sanggup melihat anak didera oleh teman lelakinya sendiri, insiden yang terjadi di Johor Bahru ini nyata mengejutkan apabila seorang ibu sanggup melihat anaknya didera.

Menurut laporan Sinar Harian, “Anak saya mengadu dia disepak, ditendang dan dipukul dengan kayu tanpa belas kasihan,” demikian luah bapa kepada dua anak, Mohd Fairuz Baharin Mohd Noor, 33, yang mendakwa anak kandungnya itu didera teman lelaki bekas isterinya, baru-baru ini.

Menurutnya, dia menyedari dua anaknya yang berusia enam dan tiga tahun itu dicederakan apabila melihat kesan lebam dan luka di bahagian bibir salah seorang anaknya selepas diserahkan kepada ibunya Khamis lalu.

Dakwanya, perbuatan mendera serta memukul anaknya itu dipercayai telah berlaku sejak Februari lalu berdasarkan daripada apa yang diceritakan anak sulungnya itu.

"Anak saya ini diambil dan dibawa ibunya pada hari raya lalu yang rasanya dibawa ke kampung halamannya di Perak bersama teman lelaki berusia 28 tahun.

"Selepas ditanya apa yang terjadi, anak saya menceritakan yang dia telah disepak, ditendang dan dipukul dengan menggunakan kayu tanpa belas kasihan kerana sering menangis mahu pulang kepangkuan saya," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, hari ini.

Mohd Fairuz mendakwa, sebelum ini, anak bongsunya yang itu juga pernah cedera di bahagian muka termasuk mulut dan mata dipercayai dipukul lelaki yang sama Februari lalu.

“Perkara ini bukan sesuatu yang boleh dibuat main, saya mengharapkan pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dan ambil tindakan seterusnya berhubung perkaran ini,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Polis Tangkak, Muar selain membawa anaknya itu ke hospital intuk mengetahui punca kecederaan yang berlaku.

"Selepas membuat pemeriksaan, doktor memberitahu anak saya terdapat kesan luka dan parut akibat dipercayai dipukul atau dicederakan dengan menggunakan senjata tumpul," katanya.

Mohd Fairuz yang tinggal di Kampung Serom 5 Hulu, Tangkak mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata berusia enam, lima dan tiga tahun sebelum bercerai dengan ibu kanak-kanak itu pada Februari lalu.  Sinar Harian

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...