Skip to main content

Isu Perkahwinan Budak 11 Tahun, Majlis Agama Islam Narathiwat Dipanggil.


Majlis Agama Islam Narathiwat yang bertanggungjawab membenarkan perkahwinan antara budak 11 tahun dengan lelaki Malaysia berusia 41 tahun dipanggil Kementerian Dalam Negeri Thailand, minggu lalu.

Menurut sumber, beberapa pegawai daripada majlis itu dipanggil ke pejabat kementerian itu pada minggu lalu bagi mendapat penjelasan mengenai isu membabitkan warga negara mereka dengan rakyat Malaysia.

"Bagaimanapun, difahamkan kementerian berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan pegawai Majlis Agama Islam Narathiwat itu.

"Kementerian membuat keputusan untuk memanggil mereka apabila isu ini hangat dibicarakan di dalam media sosial," katanya ketika dihubungi NSTP di sini, hari ini.

Sementara itu, kadi yang mengahwini pasangan itu, Hashim Yusof, ketika dihubungi mengakui pasangan itu sudah mendapat sijil perkahwinan mereka baru-baru ini.

"Saya sudah jelaskan kepada lelaki terbabit, dia perlu mendaftarkan perkahwinan mereka di Malaysia nanti," katanya.

Kes perkahwinan itu menjadi isu apabila lelaki Malaysia berusia 41 tahun yang juga seorang peraih getah berkahwin dengan rakyat Thailand berusia 11 tahun.

Pasangan itu berkahwin di sebuah masjid di Kampung Padang Nyor dekat Sungai Golok pada 18 Jun lalu.

Berikut kes itu, Jawatankuasa Mengenai Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyeru pihak berkuasa Thailand mengambil tindakan terhadap lelaki itu.

Bekas anggota jawatankuasa itu Sanphasit Koompraphant, juga meminta Malaysia menyerahkan lelaki Malaysia itu kepada pihak berkuasa Thailand kerana individu itu melakukan kesalahan jenayah jika melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak di bawah usia 13 hingga 15 tahun.

Usaha untuk mendapat komen dari peraih getah itu gagal. Difahamkan beliau enggan ditemuramah kerana 'dihalang' oleh pihak tertentu.

Sebelum ini seorang wanita yang memuat naik di facebook miliknya yang mengucapkan selamat pengantin baru kepada suaminya serta madu barunya tetapi apa yang menarik perhatian adalah umur madunya itu.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Effa Zulkifle telah mengucapkan selamat pengantin baru kepada suaminya serta madu barunya yang baru berusia 11 tahun.

Rata-rata netizen mengecam hebat suaminya itu yang mengahwini seorang kanak-kanak di bawah umur dan layak di panggil anak kepadanya kerana suami Effa sudah pun berusia 41 tahun. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut