Hakim Kes Najib Mungkin Ditukar


Kemungkinan kes perbicaran yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak satu salah guna kuasa dan bakal berdepan tiga tuduhan pecah amanah akan dipindahkan untuk didengar oleh hakim yang baru.

Isu terbabit telah dibangkitkan ekoran hakim yang ditugaskan untuk kes terbabit, Datuk Sophian Abdul Razak adalah merupakan adik kepada salah seorang exco Pahang, Datuk Seri Mohd Soffi Abdul Razak.

Mohd Soffi adalah merupakan pemimpin Umno yang dipilih menjadi anggota Dewan Undangan Negeri Benta, Pahang selama lima penggal dan telah menjadi exco sebanyak empat kali.

Najib yang juga bekas presiden Umno juga kebetulan berasal dari Pahang dan kini menjawat jawatan ketua Umno Pekan.

Menurut Peguam Negara Tommy Thomas, beliau tidak mengetahui latar belakang Sophian ketika ditanya wartawan selepas dakwaan di buat terhadap Najib.

Disebabkan isu terbabit, Presiden Badan Peguam Malaysia George Varughese telah menggesa supaya hakim terbabit menarik diri daripada mendengar perbicaraan Najib.

Langkah tersebut perlu diambil bagi memelihara integriti badan perundangan selain bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang akan menyebabkan berlakunya pertimbangan berat sebelah.

Terdapat dua kemungkinan yang mengatakan bahawa Sophian bakal dijadualkan ke bahagian lain mahkamah berkuatkuasa 1 Ogos ini dan kemungkinan lain beliau akan ditugaskan di bahagian komersial Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Manakala hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang dilantik sebagaipesuruhjaya kehakiman pada April 2015 dan telah disahkan tahun lalu dikatakan bakal bertugas di bahagian jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mohd Mazlan berusia 51 tahun adalah merupakan pelajar Maktab Melayu Kuala Kangsar dan telah menyambung pendidikan di Universiti Oxford.

Beliau sebelum ini bertugas di bahagian komersial mahkamah sama tetapi berkuat kuasa 1 Ogos adalah merupakan tarikh pertukarannya.

Beliau telah bertugas sebagai peguam di firma Zaid Ibrahim & Co selama lima tahun sebelum berpindah ke Suruhanjaya Sekuriti dan mengetuai unit penguatkuasaan badan itu.

Malah beliau juga pernah bertugas sebagai Ketua Unit Korporat dan Perkhidmatan Undang-undang Maybank selain naib presiden eksekutif bank sebelum menyertai bidang perundangan.

Arahan perpindahan tersebut telah pun dikeluarkan tetapi bukanlah hanya Mohd Nazlan dan Sophian sahaja yang terlibat malah pertukaran tersebut turut membabitkan hakim-hakim di bahagian ataupun negeri lain.

Malah tidak dapat dipastikan lagi sama ada Mohd Nazlan yang akan ditugaskan mendengar perbicaraan Najib kerana pengurusan kes bekas perdana menteri itu telah ditetapkan pada 8 Ogos ini.

Namun begitu terdapat sumber-sumber yang telah membayangkan bahawa memang Mohd Mazlan yang akan ditugaskan mendengar perbicaraan tersebut tetapi sehingga semalam menunjukkan bahawa Sophian masih berada dalam senarai sebagai hakim yang akan mendengar perbicaran ke atas Najib.- Malaysiakini