ORANG AWAM PULA DIREMPUH SUSPEK!


Satu rakaman video yang tular di media sosial memaparkan kejadian dipercayai melibatkan cubaan mencuri kabel sehingga seorang orang awam yang cuba menghalang kegiatan tersebut dilanggar oleh suspek.

Kejadian itu mengundang kebimbangan orang ramai apabila kegiatan mencuri kabel didakwa semakin berani dilakukan secara terbuka, malah sanggup membahayakan nyawa orang lain.

Polis diminta menjalankan siasatan menyeluruh dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Kecurian kabel bukan sahaja menyebabkan kerugian dan gangguan kepada kemudahan awam, malah tindakan agresif ketika cuba melarikan diri boleh mengakibatkan kecederaan serius atau kehilangan nyawa.

Sampai bila kegiatan curi kabel seperti ini mahu berterusan?

📸 Kredit: @asmawi_mukhtar